SuperStreet : Ancaman K20

promord2.4

Superstreet akhirnya sudah mula mendapat penyertaan meriah. Dikhabarkan pusingan kedua ini ada dua buah Honda Civic EG K20 akan berentap dalam kategori ini. Sudah pasti ini akan membuatkan mereka yang berentap dalam kategori ini bersiap-siaga!

Awas!! Walaupun anda bernadikan jentera Turbo 2.0 belum tentu anda selamat dengan serangan menggila dari K20A. Umum diketahui enjin Honda K20A Type-R lengkap dari segenap segi. Dari intake hinggalah ke gear ratio yang boleh didapati daripada negara Thailand hingga ke Jepun.

Dari sumber yang kami perolehi dan semakin sahih Chris Tan dari Pentagon Racing sudah semakin pasti sertai MSF Pusingan kedua dan semakin pasti apabila beliau mula memuat-naik gambar jenteranya di dalam Facebook :

Chris Tan ready for battle! SuperStreet beware of K20 ATTACK!
Chris Tan ready for battle! SuperStreet beware of K20 ATTACK!

Bukan itu sahaja malah dikhabarkan serangan K20 juga bakal muncul dari nun jauh di Terengganu. Menurut sumber yang juga MSF Racer mengatakan Honda Civic EG ini juga tinggal lagi beberapa peratus sahaja dan akan muncul pusingan kedua ini.

promord2.3
Dari sumber kuat, sudah hampir pasti menyertai untuk pusingan kedua. Datang jauh dari Terengganu.

Maka jagoan-jagoan SuperStreet persiapkan jentera anda sebaik mungkin. SuperStreet semakin panas dan garang. Save The Date 30-7-2016 di Litar Antarabangsa Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *