#23 Faye Kusairi : “Dah Rasa Lebih Selesa”

promord2
Girl Power!!

Race Cars 1600 akhirnya telah mula menerima penyertaan yang ramai. Jika dahulu hanya 3 atau 4 namun pada MSF kali ini penyertaan telah mencecah 6 buat kereta dan dengar perkhabaran akan bertambah pusingan kedua ini.

Pusingan pertama telah menyaksikan pertempuran hebat antara Chan Beng Leong / Chang Hai Kiat, Hasrin Tahir dan Faye Kusairi. Ketiga-tiga mereka telah mencatatkan speed yang sama dan catatan masa terbaik yang sama. Namun dengan kesilapan kecil telah membuatkan Faye Kusairi terpaksa berpuas hati di tempat ketiga. Namun tidak mustahil Faye Kusairi akan mampu menduduki tempat yang lebih baik.

promord2.2Faye Kusairi : “Tough fight untuk posisi 1 dan 2, saya kena akui saya tak konsisten perlumbaan tempoh hari dan dalam masa yang sama tengah mencari keserasian dengan jentera. Jadi dalam mencari keserasian banyak kesilapan kecil saya lakukan dan paling ketara di Turn 15! Apa pun untuk pusingan kali ini saya akan berikan segala-galanya, masalah-masalah kecil dengan jentera saya telah dan sedang diperbaiki sebaiknya dan InsyaAllah saya dapat rasakan saya dah semakin selesa dengan jentera saya ini.”

 

Race Cars 1600 kategori boleh dikatakan wajib ditontoni kerana kesemua mereka mampu memenangi kategori ini. Save the date! 30-7-2016 di Litar Antarabangsa Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *