#555 : “Elak Dari Masalah Untuk Ke Podium”

JoeEnduro

HYRAX OIL MSF Racing telah berjaya menarik minat ramai lagi para peserta dari seluruh pelusuk tanah air. Ramai jagoan-jagoan khasnya dari Pasir Gudang khasnya telah datang bersaing di dalam MSF. Antara yang menarik perhatian orang ramai adalah Mohd Johari bin Tuan Man yang bertanding di dalam kategori Special Kei #555.

Tumbang pada pusingan pertama beliau kembali pada pusingan kedua dengan lebih berhati-hati. Persiapan enjin dilakukan dengan  matlamat habis perlumbaan tidak kira di kedudukan apa sekalipun. Ternyata strategi itu menjadi beliau akhirnya berjaya memenangi tempat ketiga sekaligus membuatkan beliau berada di dalam mood untuk berjaya lagi sekali untuk pusingan enduro.

Johari : “Kita masih lagi menggunakan strategi enjin selamat dan menghabiskan perlumbaan. Kami sebenarnya mengalami masalah suhu enjin pada pusingan pertama dan pada pusingan kedua kami atasinya. Untuk makluman, ketika di litar Pasir Gudang kereta tersebut tiada masalah namun apabila berentap di dalam MSF terus sahaja ada masalah tapi ya lah suhu permukaan trek di Sepang berlainan sama sekali. Pusingan enduro saya sekarang tengah menyaksikan beberapa video SNF 2015 dan mendapatkan beberapa tips dari teman-teman. Jadi sasaran habis perlumbaan dan sudah pasti podium!”

39 hari sahaja lagi, pusingan enduro sudah mula dirasai kehangatannya. Mampukah Johari aka Joe melakukan kejutan? Sama-sama kita nantikan pada 16/10/2016 di Litar Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *