#113 Boey : “To Challenge My Limit”

boey113

MSF Racing menyaksikan kemunculan para pelumba perempuan yang hebat seperti Faye Kusairi dan Leona Chin. Namun ada seorang lagi yang datang jauh dari Johor, dari skuad Ngah Motorsports, yang mungkin ramai tidak kenal namun jika diikutkan dalam mata kejohanan beliau berada di dalam kedudukan 15. Everyone, Chai Poo Weei aka Boey bersedia untuk pusingan enduro!

whatsapp-image-2016-09-19-at-11-37-13-amBoey : “Untuk pusingan enduro saya sudah bersedia dari sudut mental dan fizikal. Pusingan enduro ini juga saya akan menggunakan khidmat pelumba senior dalam pasukan saya sendiri dimana saya tak boleh beritahu lagi. Sasaran sudah pasti podium tapi saya lebih kepada mahu mencabar limit saya sendiri. Jika catatan masa saya 3 minit lebih maka saya mengharapkan pusingan kali ini dibawah 3 minit. Saya juga mahu memperbaiki kedudukan yang ada disebabkan pada pusingan kedua berlaku masalah mekanikal pada kereta. Apa pun saya akan berusaha sebaik mungkin.”

Boey telah menetapkan sasaran masa dibawah 3 minit dan mahu memperbaiki kedudukan dalam kejuaraan. Mampukah Boey mencapai sasaran dan siapakah pemandu kedua beliau? Sama-sama kita nantikan pada 16-10-2016 di Litar Antarabangsa Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *