Proton 1800 Semakin Membara

p1800bakar

Kategori yang boleh dikatakan pada tahun lepas agak suram penyertaannya. Namun kali ini dengan berubah waktu kita berlumba maka penyertaan telah bertambah dengan mendadak. Apabila beberapa muka lama kembali dan muka baru yang telah mencabar mereka dengan sengit adalah satu benda yang sangat-sangat menarik untuk disaksikan.

Pendahulu kejuaraan #73 Nicholas Aw dari Millenium Motorsports suka atau tidak beliau harus berada dihadapan. Jarak mata antara beliau dengan pencabar terdekat hanya dibezakan 40 mata sahaja. Suka atau tidak Nicholas Aw harus memastikan pusingan enduro pencabar terdekatnya wajib dibelakang beliau untuk memastikan kejohanan terus berada di dalam tangan beliau. Ini kerana pencabarnya adalah seorang pelumba yang berpengalaman dan pada pusingan kedua telah berjaya berada dihadapan beliau yang terpaksa berpuas hati ditempat ketiga.

sengkiatLau Seng Kiat #112 datang jauh dari Johor, dari pasukan Ngah Motorsports merupakan pencabar pendahulu kategori ini. Pada pusingan kedua beliau berjaya menduduki tempat kedua sekaligus berjaya memperbaiki kedudukan beliau di tempat kedua kejuaraan. Sudah pasti bagi pusingan enduro beliau mahu lebih dari sekadar habiskan perlumbaan. Sudah pasti beliau mahu merampas kejuaraan ini dengan berjaya. Namun apakah usahanya akan berjaya? Nicholas Aw bukan calang-calang pelumba, beliau merupakan seorang pelumba yang dikatakan mampu mengubah corak pemanduan pusingan berikutnya.

ilyasPerebutan tempat ketiga juga panas beza hanya 50 mata. Persaingan menarik melibatkan #34 Idzuan
Hafez dari Infinity Speedworks dan  #999 Muhammad Ilyas dari Seladang Merah Auto. Dari atas kertas kelebihan milik Idzuan dan sememangnya beliau lebih pantas. Tapi umum diketahui Ilyas masih lagi dalam proses mencari setup yang tepat buat keretanya dan semakin lama semakin pantas maka tidak mustahil Idzuan mungkin barangkali berputih mata.

Tapi semuanya bergantung pada seorang pelumba ini. Jika beliau berjaya memenangi tempat pertama segala-galanya akan berubah. Tidak mustahil pendahulu kejuaraan akan putih mata, tempat ketiga dan keempat akan berubah. #7 Sutan Mustafa dari LMC Engineering sudah pasti masih dalam mood dahagakan kemenangan setelah berjaya memenangi tempat pertama pada pusingan kedua.

Pusingan enduro adalah segala-galanya. Pusingan yang dikatakan membawa bekalan selesa untuk menjadi juara. Saksikan pada 16-10-2016 di Litar Antarabangsa Sepang untuk melihat siapa yang bakal memenangi pusingan ekstrem ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *