Special Kei : Tempat Ke-2 Jadi Rebutan

specialkei

Sekalung tahniah buat Muhammad Hafez aka Mycil yang akhirnya berjaya menjadi juara keseluruhan bagi kategori Special Kei 2016. Konsisten, pantas dan skil yang hebat membuatkan beliau tidak dapat lagi digugat oleh mana-mana pihak. Dengan pungutan mata 860 membolehkan beliau pada pusingan akhir ini menduduki apa saja kedudukan JUARA TETAP MILIKNYA!

Persaingan yang diberi perhatian sekarang ini adalah melibatkan Johari dari JAF Autoparts dan Ezamin dari Zam Garage. Dengan perbezaan 55 mata sahaja sudah cukup memberikan satu gambaran jelas kepada kita bahawa aksi pada pusingan akhir ini sangat mendebarkan. Pusingan akhir bagi kategori ini sudah menjadi satu debaran yang tahap tertinggi. Siapa yang berjaya menduduki tempat kedua? Joe atau Zam?

Atas kertas kelebihan berada di belah pihak Ezamin. Dengan kepantasan jenteranya sudah cukup membuktikan Ezamin atau Zam mampu menduduki tempat kedua kejuaraan. Manakala bagi pihak Johari aka Joe, dari atas kertas keadaan seolah-olah tidak memihak kepada beliau. Zam telah berada dalam kelompok Special Kei yang berjaya mencatatkan masa 2m4+s manakala Joe yang terbaru masih dalam lingkungan 2m5+s. Persoalannya mampukah Joe menghalang Zam?

Tapi jangan pandang rendah dengan kekuatan Joe. Jangan sesekali menganggap beliau tidak mampu membuat kejutan. Percayakah anda kekuatan utama Joe adalah konsisten? Konsistenlah yang membuatkan beliau berada ditempat ketiga sekarang ini. Beliau yang gagal pada pusingan pertama bangkit pusingan kedua dan pada enduro berjaya menduduki tempat kedua. Manakala Zam yang bergelut dengan masalah mekanikal membuatkan Joe berjaya merapatkan kedudukan.

Pertempuran mereka berdua dijangka epik. Sudah pasti Zam tidak mahu berputih mata dan akan memastikan jenteranya berada dalam keadaan sihat. Manakala Joe sudah pasti akan meningkatkan kekuatan jenteranya untuk memastikan saingan yang lebih sengit. Bagi peminat Kei-Car simpan tarikh ini 27-11-2016 dan jumpa di Litar Antarabangsa Sepang.

2 comments

  1. Mycil

    Oyeaaahhh… kamon… faitoo..

  2. Speedsters

    Mmg laju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *