Street 1600 Ltd : KEJUARAAN YANG TERBUKA LUAS

s1600bakar

Kategori ini tidak pernah mengecewakan para hadirin. Persaingan mereka dalam kategori ini boleh dikatakan sangat sengit. Kesemua mereka mencatatkan masa lebih kurang sama. Aksi bumper-to-bumper mereka sangat mencemaskan dan sememangnya menghiburkan. Tapi kategori ini masih lagi didominasi boleh dikatakan secara total oleh jentera 4AGE. Lihat saja mata kejuaraan dari tempat pertama hingga ke-5 semuanya milik 4AGE!

Bercerita berkenaan mata kejuaraan nampak gayanya kejuaraan wajib ditentukan pada pusingan akhir kali ini. Si penyandang kejuaraan berada dalam keadaan yang sangat tipis. Gandingan dari WAKOS Garage Hazlami/Muslim suka atau tidak harus bekerja keras untuk memastikan kejuaraan milik mereka. Apa tidaknya mengintip peluang kejuaraan dan ini sangat mengejutkan apabila Mohd Afiq dari WAKSAM Garage telah menduduki tempat kedua. Beza antara mereka berdua hanyalah dipisahkan 100 mata. Bagi gandingan WAKOS Garage tempat ketiga sudah cukup untuk memastikan kejuaraan milik mereka. Bagi Afiq beliau harus memenangi tempat pertama untuk merampas kejuaraan akan tetapi beliau harus mengharapkan agar #101 mendapat tempat keempat. Apakah akan berjaya?

Sedangkan Afiq juga dalam keadaan yang sangat merbahaya apabila memburu tempat kedua bukan calang-calang, gandingan mantap dari Motor Addict Faiz/Fadhlan sudah pasti mahu menamatkan musim 2016 di tempat yang lebih baik. Beza antara mereka berdua hanyalah 10 mata. Dari atas kertas kekuatan berada bagi gandingan #80, namun dalam perlumbaan selagi mana belum sampat ke lap terakhir maka selagi itulah peluang terbuka luas. Maka bagi pusingan akhir ini menjadi satu pusingan yang amat penting, salah percaturan maka berputih mata.

Bersiap-sedia Malaysia, pertempuran yang agung ini akan berlangsung pada 27-11-2016 di Litar Antarabangsa Sepang. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *