SuperStreet Serba Pantas, #172 Mengejutkan

superstreet2Kategori SuperStreet semakin lama semakin pantas. Dengan setup kawalan yang semakin menarik dengan gandingan tayar Hankook membuatkan catatan masa semakin di luar dugaan dan mengesahkan ini baru betul kategori yang pantas.

superstreet

Alif Hamdan dari AHM Penrite Racing Team pada tahun 2016 muncul dengan menggunakan Mercedes A250 dan boleh dikatakan itu hanyalah untuk mengenal kapasiti chasis model ini. Setelah bersaing pada tahun 2016 pasukan ini menaik-taraf jentera dari model yang sama cuma lebih berkuasa iaitu Mercedes A45. Pada pusingan pertama catatan masa dan kedudukan yang sama  pasukan ini capai. Namun semuanya berubah pada pusingan kedua.

#172 mula menunjukkan prestasinya apabila saringan pertama mendahului tempat pertama dengan jarak yang sangat selesa iaitu 5saat kedepan dari pesaing terdekat ketika itu Nishiram Singh #65 dari Millenium Motorsports Asia dan diikuti Raja Imran dari Ftuned Racing Team yang agak jauh ketinggalan. Ini seolah memberikan satu isyarat jelas berkemungkinan akan berlaku persaingan yang sangat hebat pada saringan kedua.

Buat Pertama Kalinya SuperStreet Sangat Sengit!
Buat Pertama Kalinya SuperStreet Sangat Sengit!

Menjelang saringan penentu, #172 meluru pantas meninggalkan peserta lain, #65 cuba mengekori dari belakang namun terkandas menjelang selekoh pertama apabila berlanggar dengan peserta lain dari kategori sama dan mengambil peluang dengan baik #135 berjaya mengekori rapat. Ternyata ramalan itu menjadi kenyataan apabila saingan antara mereka ini dari lap pertama hingga penamat boleh dikatakan sangat rapat. Ada ketika #135 berjaya memintas namun dengan kepantasan teknologi baru A45, #172 memintas kembali dengan begitu pantas dan berkuasa. Begitulah pertempuran mereka berdua hinggalah menjelang lap yang terakhir. Tempat pertama dimenangi AHM – Penrite Racing Team dan kedua Ftuned Racing Team. Kedua-dua mereka mencatatkan masa 2m34s dan jarak antara mereka untuk keseluruhan hanyalah 1saat. Ini jelas menunjukkan pertempuran antara mereka berdua tidak akan terhenti di pusingan kedua, melainkan ada diantara mereka menghadapi masalah.

Pusingan ketiga tinggal 18 hari sahaja lagi. Apakah kita mampu melihat pertempuran hebat ini lagi sekali atau akan ada yang turut serta dalam “pesta” ini? Ramai para peserta dalam kategori ini sudah mencatatkan masa secara purata 2m38s. Semakin pantas dan dijangkakan akan lebih pantas.

Save the date 20.5.2017 (untuk Megalap Time Attack) dan 21.5.2017 untuk MSF Racing Pusingan ketiga di Litar Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *