Super 1500 Makin Mengejutkan, #32 Muncul Pencabar Baru

s152

Super 1500 NA tahun ini telah mengejutkan ramai pihak.  Siapa sangka catatan masa terpantas mereka membolehkan mereka bertempur dengan kategori yang lebih tinggi kapasiti enjinnya. Boleh dikatakan sekarang semakin ramai yang mampu mencatatkan masa terpantas 2m48s. Terpantas masih lagi kekal milik Shahril/Shamir dari Rab-Prodrag Racing Team dengan catatan masa 2:47.829 diekori rapat #122 Keu Shian Shi dari Momentum Auto Garage 2m48.220 dan terbaru Logesvaran mencatatkan masa 2m48.648. Semakin pantas catatan masa mereka berikan dengan sudah semestinya tayar yang hebat Hankook.

#32 Muncul Sebagai Kuasa Baru
#32 Muncul Sebagai Kuasa Baru

Tapi kita tidak bercerita berkenaan catatan masa terpantas sahaja, ini adalah perlumbaan door-to-door. Perlumbaan yang boleh kita katakan pertempuran pahlawan antara pahlawan. Sudah menjadi adat perlumbaan, menyerlah pusingan pertama belum tentu pusingan kedua anda mampu mengulangi kejayaan pusingan pertama. Pusingan kedua bukannya milik #378  dan #122. Kedua – dua jentera ini mengalami masalah mekanikal dan sekaligus gagal meneruskan perlumbaan pada pusingan kedua. Peluang ini digunakan sebaik mungkin oleh Logesvaran #32 untuk mengungguli tempat pertama.

Apa seterus pusingan ketiga? Apakah #32 akan mengulangi kegagalam dua buah kereta pantas ini? Atau mungkin andai kata ketiga-tiga ini jentera sihat dan normal seperti sediakala apakah kita akan melihat satu pertempuran yang sangat hebat? Andai kata ini terjadi sudah pasti pertempuran yang sangat hebat dari mereka pencatat masa 2m48s secara purata, kita boleh membayangkan dari lap pertama hingga penamat sudah pasti aksi sengit akan berlaku dan jika ada yang tidak tahan tekanan dari pihak lawan pasti akan membuka ruang dan pintas-memintas akan terjadi.

Save the date 20-5-2017 untuk Megalap Time Attack dan 21-5-2017 sudah semestinya MSF Racing Pusingan Ketiga!

1 comment

  1. nanthankumar

    Hi Admin, Sing Boy made 2.46minutes which I saw live in Round 3. Correct me if I’m wrong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *