Dari Akar Umbi Ke MSF Racing, Salut! Episod 2

Home»DriversTeams»Dari Akar Umbi Ke MSF Racing, Salut! Episod 2

decatacombs

Kalau ikutkan statistik ramai pelumba dari siri-siri perlumbaan akar umbi mula melebarkan sayap ke medan SNF dan terbaru Malaysia Speed Festival Racing. Ada yang sempat kami berkenalan, ada yang sempat kami menemuramah. Kami akan sentiasa mencari bakat-bakat yang menyertai MSF untuk dibawa kedepan agar masyarakat mengenali dan mereka dan ingin memberikan satu isyarat jelas kepada pihak tertentu, jangan dipandang rendah dengan sukan permotoran, sukan perlumbaan door-to-door yang semakin naik semangatnya.

Beliau pernah menyertai beberapa sesi Open Trackday anjuran kami, beliau juga sering memenangi podium di dalam acara perlumbaan mengejar masa di litar-litar go-kart di tanah air. Namun pada tahun ini menyahut cabaran menjadi pelumba sebenar apabila bertempur dengan lebih 50 buah kereta dan berebut masuk di selekoh pertama!

Lau Kah Chai : “Masa mula-mula masuk pusingan pertama sasaran saya hanyalah habiskan perlumbaan tapi tak sangka boleh menduduki kedudukan top 5. Sudah dua pusingan berjaya menduduki podium top 5 jadi sasaran saya sekarang adalah menjadi Top 5 bagi tahun 2017. Niat dihati memang nak memperbaiki rekod sendiri mencuba kedudukan yang lebih baik tapi masa tidak mengizinkan, mungkin pusingan ke-empat saya datang dengan setup baru, untuk pengetahuan semua segala ubahsuai dan modifikasi saya buat sendiri di rumah, jimat kos!”

Kenapa guna nama samaran DeCataCombs : “Saya kena guna nama samaran nanti keluarga tidak tahu saya berlumba! Tapi sekarang dah masuk MSF, status kebangsaan terpaksa gunalah nama sendiri, sorry mummy!”

*so kesian lol*

Lau Kah Chai antara salah seorang pelumba yang datang dari akar umbi. Berani keluar dari zon selesa untuk bertempur hebat dengan lebih 50 buah kereta dalam kumpulan pertama (Super 1500 NA, Jazz Cup, Saga Cup). Salut dari pihak penganjur!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...