Dari Akar Umbi Ke MSF Racing, Salut! (Episod 3)

Home»DriversTeams»Dari Akar Umbi Ke MSF Racing, Salut! (Episod 3)

79

Dari SNF hinggalah ke MSF Racing, makin ramai para peserta baru semakin menonjolkan diri. Ini sekaligus membuktikan sukan permotoran mendapat tempat di Malaysia setelah menyepi saat robohnya trek lagenda Batu Tiga. Episod 3 kali ini kita berjaya mendapat wakil salah seorang pelumba bagi jentera #79 yang datang berentap dalam kategori Street 1600 Ltd dengan belanjawan yang terbatas.

Mereka dari zaman SNF mencuba nasib pada pusingan enduro, kembali semula MSF 2016 dan kali ini mencuba nasib MSF 2017 dengan kos yang amat terhad. Tapi semangat mereka sangat tinggi. #79 dari DOC Racing Team (DRT) yang disertai oleh Fuad Yahya dan Izwan Ismail boleh dikatakan antara peserta yang tidak pernah kenal erti mengalah. Berentap dalam kategori Street 1600 Ltd dengan kos yang terhad memberikan satu cabaran yang amat mencabar.

Izwan : “Kami mencuba nasib MSF pada tahun 2016 dalam kategori Super 1500 dan berjaya menduduki podium. Jadi pada tahun 2017 kami mencuba nasib dalam kategori Street 1600 Ltd. Dengan kos yang terhad dan enjin yang sangat tidak berkuasa Daihatsu HD jika dibandingkan dengan 4AGE umpama satu kerja gila. Kami tetap mencuba walaupun pada permulaannya terasa macam nak putus asa, tapi apabila berjaya menghabiskan setiap perlumbaan ianya merupakan satu kejayaan yang sangat tidak boleh dilupakan dan dari sudut pungutan mata kami berada dalam kelompok Top 10 satu pencapaian yang sangat memberangsangkan bagi kami #79. Dengan rekod sebegini membuatkan kami bersemangat sekali untuk meneruskan perlumbaan pada tahun hadapan mungkin dalam kategori lain.”

Mereka telah mengesahkan penyertaan pusingan paling mencabar yakni Enduro pada 9/7/2017 nanti. Moga cita-cita mereka berjaya dan dari kami ingin diucapkan..SALUT!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...