Garis Panduan Para Pengunjung Ke MSF Racing

Home»News»Garis Panduan Para Pengunjung Ke MSF Racing

enduro

MSF Racing Series adalah satu acara yang padat dengan aksi. Terdapat begitu banyak untuk dilihat dan ia adalah idea yang baik untuk merancang hari anda supaya anda tidak ketinggalan apa-apa. Untuk membantu anda , kami telah mengumpulkan 10 tips berguna tentang bagaimana untuk anda menikmati pengalaman terbaik sepanjang MSF Racing kelak.

Tip No.1 – Bangun Awal

Sila bangun awal dan bergerak awal ke Sepang International Circuit. Pintu pagar akan dibuka pada jam 7.30pagi. Mungkin awal bagi mereka tertentu tetapi percayalah dengan suasana festival terutamanya acara track-day dan acara kemuncak iaitu perlumbaan real-men sudah pasti akan membuatkan anda tidak mahu berganjak dan tidak mahu meletakkan kereta di kawasan yang jauh dari kawasan acara.

MSF-Paddock-setup-2017-6

Tip No.2 – Ke Kaunter/Pintu Yang Tepat

Beratur di pintu salah boleh mengecewakan dan membazirkan masa anda. Bagi para pengunjung pastikan anda melihat dengan jelas papan tanda yang bertulis SPECTATORS. Anda sudah pasti tidak mahu terperangkap dengan kehadiran 100 buah kereta perang/lumba yang sedang beratur yang juga untuk mahu mendaftar kelak.

Tip No.3 – Cari Kedai MSF Racing

jadualenduro

Adalah menjadi satu kerugian besar apabila tidak singgah ke kedai cenderamata MSF Racing. Ini kerana kami akan menjual T-Shirt yang sangat LIMITED ini kerana kami akan menukar corak di t-shirt tersebut pada pusingan seterusya. Anda juga amat digalakkan ke kedai cenderamata kami untuk mendapatkan jadual program acara.

Tip No.4 – Wrist Tag

Pastikan anda memakai wrist tag yang betul.  Jangan pakai wrist tag yang bukan dari MSF Racing. Jika tersalah anda tidak dapat menikmati suasana meriah di Sepang International Circuit.

Tip No.5 – Gerai Makanan dan Minuman

Umum diketahui MSF Racing akan dijalankan sepanjang hari. Jika anda berasa dahaga, lapar dan sebagainya, kami telah menyediakan satu kawasan makanan yang agak luas dan selesa buat anda semua.

Tip No.6 – Pakai Topi/Payung dan Banyakkan Minum Air

MSF Racing adalah evolusi daripada legenda SNF Racing. Dari malam kepada siang. Sepang International Circuit kalau diikutkan ramalan kaji cuaca akan panas terik. Pastikan anda memakai topi ataupun payung sepanjang festival ini berlangsung. Pastikan anda ke gerai makanan dan beli air sebanyak mungkin. Jika anda berasa pening dan kurang selesa sila jumpa marsyal kami dan mereka akan membawa anda ke Pusat Perubatan yang ada di dalam trek.

Tip No.7 – Jangan Lepaskan Sesi Trofi

Sesi penyampaian trofi diadakan di podium utama – bersebelahan dengan menara kawalan. Pit lorong akan dibuka kepada penonton untuk sesi ini. Sesi ini akan bermula selepas kategori terakhir iaitu RaceCars selesai. Jangan ketinggalan.

simulator

Tip No.8 – Racing Simulator

Sementara menunggu kategori-kategori yang anda gemar (seeloknya semua kategori wajib ditonton), kami juga bekerjasama dengan Rashid Ramlan (Split Second Advanced Driving) untuk menyediakan Racing Simulator buat anda semua. Bagi yang ada anak-anak boleh mengasah bakat mereka di simulator tersebut. Simulator ini kita akan letakkan di kawasan pit nanti. SSAD juga menganjurkan kejuaraan Racing Simulator (untuk maklumat lanjut sila ke halaman Facebook rasmi mereka klik)

Tip No.9 : Live Tracking

Pastikan anda melayari laman sesawang untuk menyaksikan secara langsung sesi perlumbaan MSF untuk mengetahui kedudukan terkini para pelumba kesukaan anda. Boleh klik di SINI.

Tip No.10 – Enjoy Your Self

Pastikan anda berseronok dan pulang ke kawasan masing-masing menceritakan betapa meriahnya Malaysia Speed Festival 2017  kali ini. Dari mereka yang gemar memandu laju hinggalah kepada mereka yang kami gelarkan Gladiator! Berani bertempur dan berlumba untuk menjadi sang juara. Percayalah perlumbaan door-to-door adalah corak perlumbaan yang paling ultimate. Hanya mereka yang berani sahaja mampu melaksanakannya dan melaluinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...