Dari Akar Umbi Ke MSF Racing, Salut! (Episod 4)

Home»DriversTeams»Dari Akar Umbi Ke MSF Racing, Salut! (Episod 4)

nadz

Melihat kebanjiran penyertaan para pelumba berbakat dari grassroot atau akar umbi ke dalam Malaysia Speed Festival (MSF) merupakan satu petanda yang amat bagus. Petanda bahawa bakat baru dalam dunia perlumbaan door-to-door bukannya semakin kecil tapi semakin membesar. Kali ini kita akan memperkenalkan salah seorang pelumba yang datangnya dari akar umbi dan mula mencipta kejutan.

Nadz Shridhara dari JDM Hardcore #227 telah mencipta kejutan pada 3 pusingan terakhir MSF telah menduduki tempat kelima dalam kejuaraan Proton 1800 NA. Meskipun setelah tamatnya pusingan enduro #227 berada kedudukan nombor 7 tapi peluang untuk duduk kembali kedudukan top 5 masih terbuka luas. Paling mengejutkan apabila berjaya menduduki tempat kedua pada pusingan ketiga dan dilihat semakin pantas dengan catatan masa terbaru mereka 2m47s!

nadz2

Nadz : “Pertama kali menyertai MSF sudah pasti saya amat rasa teruja. Berdepan dengan para pelumba yang sudah biasa dengan selok-belok di Sepang sudah pasti menimbulkan perasaan yang mendebarkan dan menyeronokkan. Terus-terang untuk tahun ini saya lebih kepada mahu mengambil sebanyak mana pengalaman dan membuat rekod tersendiri. Tak sangka pun ada satu ketika kami berada dalam kelompok top 5 kejuaraan. Untuk pusingan mendatang saya akan cuba yang terbaik.”

Sudah pasti #227 dari JDM Hardcore akan kembali untuk 2 pusingan terakhir ini. Bagi pihak MSF melihat kesungguhan mereka mencabar para pelumba yang sudah biasa dengan Litar Sepang merupakan satu semangat yang tiada tolok bandingnya. Salut dari kami!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...