Dari Akar Umbi Ke MSF Racing, Salut (Episod 6)

Home»DriversTeams»Dari Akar Umbi Ke MSF Racing, Salut (Episod 6)

544fb

Kali ini kita fokuskan kepada rakan kita yang dari jauh dari selatan tanah air. Mereka jugalah antara penyebab kategori Saga Cup meriah. Sebut sahaja Proton Saga dari trek ini pasti kita dapat membayangkan kegilaan mereka menggunakan Proton Saga model lama ini di atas litar. Litar Pasir Gudang adalah pengubat rindu kepada litar lagenda Batu Tiga. Apabila melihat puluhan Proton Saga model berentap di Sepang mengimbau kembali kenangan lama.

Okay cukup bernostalgia, watak kali ini nak dikatakan akar umbi tak boleh juga. Agak cemerlang dalam siri perlumbaan drag. Agak rajin berlumba di Litar Pasir Gudang namun pertama kali menyertai perlumbaan berstatuskan nasional dan sudah pastinya Malaysia Speed Festival. Gandingan mantap Mohamad Aliff Ismail-Muhamad Shahril Asman dari One Soul Motorsports #544 telah membuktikan mereka mampu mencabar muka lama di Litar Sepang.

Mohamad Aliff Ismail : “Kami sebenarnya masih sangat baru dalam siri perlumbaan jenis macam ini. Kami terlibat dalam siri perlumbaan drag. Terima kasih juga pada rakan-rakan yang berjaya “menghasut” untuk mencuba sesuatu yang baru. Terima kasih juga pada MSF kerana membuka ruang untuk kami mencabar diri kami lagi. Jujur kami katakan rakan-rakan dari negeri lain sangat memberikan kata-kata semangat bagi kami yang datang dari jauh ini. Satu pengalaman yang sangat bermakna. Kami akan berusaha untuk memperbaiki keputusan dan mencabar dengan lebih sengit.”

Mereka berpotensi untuk menduduki tempat kelima secara keseluruhan jika mereka konsisten dan menduduki podium. Salut dari kami! Salut!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...