Selangkah Menjadi Juara, Tetapi "Musuh" Semakin Pantas

Home»News»Selangkah Menjadi Juara, Tetapi “Musuh” Semakin Pantas

specialkei

Suka atau tidak Gan Kian Huat dari Guns Ftuned Racing Team tinggal hanya selangkah menjadi juara. Syaratnya menang tempat pertama maka kejuaraan Special Kei 2017 akan menjadi milik #216. Itu kalau berjaya, andai kata #216 menduduki tempat kedua maka pusingan akhir menjadi satu pusingan yang paling sengit dalam sejarah Special Kei.

Dari sudut kekuatan atas kertas dari pusingan terdahulu agak susah Mohd Johari dari JAF Autoparts #555 memaksa atau membuat kejutan menduduki tempat pertama. Tetapi #555 semakin lama semakin menunjukkan peningkatan yang ketara. Jika dahulu catatan masa hanya sekitar 3 minit dan sekarang semakin pantas sudah mula mencatatkan masa dalam lingkungan 2m4+s. Ini satu peningkatan yang tidak boleh dipantas rendah dan tidak mustahil beliau mampu mencabar #216 pada pusingan ke-5 ini.

Ezamin Ezham dari Zam Auto Garage #27 tahun ini tidak begitu menjadi tetapi andai kata beliau berjaya memperbaiki kelemahan yang ada tidak mustahil beliau juga mampu menduduki tempat pertama dan mampu memaksa #216 bekerja keras untuk mendapatkan kejuaraan pada pusingan akhir nanti.

specialkeib

Jika #216 berjaya memenangi tempat pertama maka kejuaraan 2017 bakal menjadi milik mereka. Sudah pasti para penonton mahukan aksi yang lebih sengit pada pusingan akhir kelak dan mengharapkan #555 atau #27 mengganggu perjalanan kejuaraan #216 atau mungkin #727 dari Kie Garage?

Save the date 15/10/2017 di Litar Antarabangsa Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...