Semakin Merapatkan Jurang, Beza 55 Mata Sahaja

Bagi pihak penganjuran tahun ini boleh dikatakan paling tegang. Ada dua-tiga kategori juara perlu ditentukan pada pusingan akhir ini. Pengiraan mata dilakukan berkali-kali agar tidak membuat kesilapan. Antara kategori yang sangat mendebarkan adalah Special Kei.

#216 Gan Kin Kuat dari Guns-Ftuned Racing Team yang mendominasi carta kejuaraan buat sementara waktu nampak gayanya harus meningkatkan tempo. #216 pada pusingan ketiga berada ditempat ketiga dan ini membolehkan pencabar terdekat yang memenangi kedua-dua saringan merapatkan jurang. Apakah beza mata yang memisahkan mereka? 55 mata sahaja! Ya, 55 mata.

Mengekori rapat yang tidak jangka adalah Johari #555 dari JAF Autoparts Racing Team. Pada pusingan kelima baru-baru ini beliau berjaya mendapatkan tempat dan sekaligus merapatkan jurang. Jika inilah rentak serangan #555 dan #216 bergelut dengan masalah sendiri dan disebabkan orang lain maka bersiap-sedia, juara baru bagi kategori Special Kei akan berpindah tangan.

Apakah mudah? Kami boleh gambarkan pertempuran sengit akan tercetus. #555 harus mendapatkan tempat pertama bagi kedua-dua saringan dengan itu jika #216 mengekori rapat ditempat kedua sekali pun, kejuaraan akan menjadi milik #555 dengan perbezaan 5 mata sahaja. Andai kata #555 saringan pertama mendapat tempat kedua dan #216 ditempat pertama pada saringan pertama maka kejuaraan akan kekal menjadi milik #216 meskipun pada saringan akhir menduduki tempat kedua. Tegang bukan?

Tapi yang mampu merosakkan impian #216 perhatikan #27 Ezamin dari Zam Autogarage. Ya beliau tidak konsisten tapi beliau pada bila-bila masa sahaja mampu menjadi perosak impian #216. Beliau juga pantas dan pada permulaan musim dijangka mampu menyengat kejuaraan. Andai kata #27 menduduki tempat kedua di kedua-dua saringan, #555 andaikata berjaya menduduki tempat pertama kedua-dua saringan maka kejuaraan akan menjadi milik #555 kerana jarak mata akan menjadi semakin selesa.

Mampukah #216 menghalang kemaraan #555?

Apakah strategi #216? Mahu menggunakan khidmat pelumba lain? Mahu menggunakan pelumba lama yang sudah tidak berada dalam pasukan? Tapi tidak mungkin menggunakan pelumba lama atas nama profesionalisma. Tak lupa juga apakah strategi #555? Agak sukar dihuraikan apa yang pasti pertempuran akhir ini mempunyai debarannya tersendiri.

Save the date 3/12/2017! Bersiap – sedia untuk pertempuran akhir!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *