Kejuaraan Di Atas Garisan, Siapakah Juara 2017?

Sekali lagi kategori ini kejuaraan akan ditentukan pada pusingan akhir. Pada tahun 2015 pernah terjadi peristiwa seperti ini dan ini membuatkan kategori ini terus-menerus popular. Setelah agak kurang menyerlah pada tahun 2016, kategori Street Tuned Limited menjadi meriah kembali hanya kerana beberapa kontroversi, muka baru yang semakin hebat, dan paling penting kejuaraan yang perlu ditentukan pada pusingan akhir nanti.

Beza 40 mata sudah cukup membuatkan kedua-dua pasukan sedang merencana perancangan rapi dan teliti untuk memastikan kejuaraan berada di dalam tangan masing – masing. #30 dari Infinity Speedworks gandingan M. Shawal Izwan-Roakhir Bin Abd Malik sedang mendahului kejuaraan dengan pungutan mata sebanyak 1200 mata. Sudah pasti mereka akan memastikan kejuaraan yang dipegang buat sementara waktu ini kekal terus menjadi milik kereta dan ini akan menjadi satu sejarah kerana cubaan demi cubaan dari kem Infinity untuk merangkul kejuaraan bagi kategori ni bakal menjadi kenyataan.

Misi mempertahankan kejuaraan

Tapi apakah mereka akan berjaya? Dari kekuatan atas kertas lawan mereka paling dekat adalah Gan Kim Koa/Philip Tang dari JDM Racing #60 merupakan satu lawan yang sememangnya amat pantas. Tetapi bagaimana mereka mampu menduduki tempat pertama sekarang ini? Ini kerana mereka konsisten dalam menduduki podium pada setiap pusingan. Sayangnya bagi gandingan JDM Racing ini, mereka selalunya dari sudut sejarah menjelang pusingan ke-5 sudah dinobatkan sebagai juara namun pada tahun ini banyak perkara kecil berlaku, dilanggar oleh kereta dalam kategori lain dan paling teruk apabila mereka pada pusingan ke-5 gagal menamatkan perlumbaan pada saringan akhir kerana terbabas ekoran masalah brek.

Misi memburu kejuaraan pertama bagi pasukan.

Pusingan akhir ini sudah pasti #60 akan memberikan segala-galanya. Mereka pantas akan tetapi tahun ini banyak benda kecil berlaku sudah pasti segala aspek sedang dititik – beratkan. Bagi kem Infinity untuk merangkul kejuaraan pertama bagi kategori ini juga sedang bersiap – siaga. #60 harus dan wajib suka atau tidak pada setiap saringan berada satu kedudukan atas dan memenanginya dengan mata penuh dari #30. Ini sahaja jalannya untuk muncul juara dengan kelebihan 30 mata. Manakala #30 juga harus sedemikian rupa dan mereka juga mungkin boleh muncul juara andai kata #60 terus – menerus menduduki tempat kedua bagi kedua-dua saringan dan mereka menduduki tempat ketiga bagi kedua-dua saringan dengan 10 mata sahaja

Sejujurnya, saingan menentukan kejuaraan bagi semua kategori yang dipertandingkan, kategori Street Tuned Ltd adalah salah satu kategori yang sangat tegang pada tahun ini. Siapakah yang berjaya menjadi juara? Apakah #30 akan membuat sejarah tersendiri bagi Infinity? Apakah #60 akan melakar sejarah lagi dengan mencatatkan kejuaraan tertinggi sebanyak 5 kali?

Save the date 2 dan 3/12/2017! Bersiap – sedia untuk pertempuran akhir yang bakal dilangsungkan di Litar Sepang. Grandstand adalah percuma!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *