2017 : Tahun Kebangkitan Kuasa Baru

Home»Blog»2017 : Tahun Kebangkitan Kuasa Baru
Sebahagian daripada 7800 penonton yang datang menyaksikan MSF Finale 2017.

Tamat sudah Malaysia Speed Festival musim 2017. Banyak kenangan suka dan duka yang telah kita semua lalui. Dari sudut penganjuran MSF dengan jumlah penyertaan tertinggi 170 buah kereta sudah cukup menggambarkan betapa acara ini yang disahkan oleh AAM telah menjadi satu festival dimana kesemua pelumba berbakat tanah air dan bengkel-bengkel kereta yang berada diseluruh Malaysia menjadikan MSF sebagai medan meluaskan pengaruh dan mengukuhkan ekonomi mereka. MSF semakin lama mendapat sambutan peminat apabila pada pusingan akhir hampir 7800 orang telah datang menyaksikan aksi perlumbaan yang penuh gemilang ini. Satu rekod tertinggi dalam sejarah MSF.

Berbalik pada tajuk kami berasa amat gembira sekali apabila melihat kebangkitan kuasa baru dalam arena sukan permotoran. Kuasa baru yang sewajibnya diberikan penghormatan tertinggi. Ini menunjukkan Malaysia tidak ketandusan pelumba hebat dan pelumba baru ini bersiap-sedia menakluk Litar Sepang. Sekadar menyebut beberapa nama seperti Akid Azlee, Jay Choong, Mohd Johari, Lau Kah Chai, Nadz Srhidhara, Hendra/Mohd Noorhafizi, Mohd Muzri, Mohamad Shafriza, Shahrul Aidey/Haizul Rizwan, Samson,  dan ramai lagi.

Sepatutnya dijadikan idola oleh mereka yang masih berkecimpung dalam acara akar-umbi.

MSF akhirnya telah membuktikan sebenarnya masih ramai lagi yang berbakat dan mampu menjadi kuasa besar dalam arena dunia perlumbaan. Kami amat tertarik dengan semangat juang mereka yang amat tinggi. Sebagai contoh Lau Kah Chai, beliau boleh dikatakan dalam seni pertempuran door-to-door jika hendak dibandingkan dengan yang lain dalam kategori Super 1500 boleh dikatakan amat sedikit, namun beliau teruskan berjuang dan akhirnya menduduki kelompok 5 terbaik dalam kategori ini. Datang dari akar-umbi dan menjadi hero dalam acara kebangsaan, wajar dijadikan idola oleh mereka yang masih lagi bertempur di acara akar-umbi.

The Great Survivor, AKID!

Kita bagi lagi contoh yang boleh menjadi titik penting apakah resepi menjadi juara. Anda mungkin menang dalam satu pertempuran tapi belum anda boleh menang dalam satu peperangan. Akid Azlee telah membukti dengan konsistensinya walaupun tidak pernah merasai kedudukan pertama pada setiap pusingan namun tetap bergelar juara bagi musim 2017.  Beliau tidak heboh di Facebook, tidak bersuara lantang tapi hanya bersabar menunggu peluang muncul menjadi sang juara. Akhirnya Akid aka The Great Survivor menjadi juara termuda dalam kategori yang sangat “ganas”, pantas, dan paling popular dalam MSF.

2017 banyak kejutan yang diberikan. Kuasa baru yang telah muncul dan menggugat kuasa lama amat mengejutkan. Kami juga sebagai penganjur amat gembira apabila melihat nama-nama yang muncul menggugat ada sebahagiannya datang dari acara akar-umbi. Kami amat berharap mereka yang masih lagi bertempur di akar-umbi agar muncul dipersada kebangsaan dan bertempur dengan pahlawan-pahlawan garang di peringkat ini. Kami juga amat gembira apabila melihat kuasa baru menjadi juara dalam satu dua kategori yang dipertandingkan. Jika mereka mampu, anda juga mampu melawan dengan syarat jangan putus asa.

Apakah 2018 akan ada lagi kejutan? Apakah 2018 kita akan menyaksikan lagi kebanjiran wajah-wajah baru dari mereka yang hebat di akar-umbi? Apakah akan muncul lagi kuasa baru yang mampu menjadi juara keseluruhan? Apakah jumlah penonton dari 7800 mencecah 10,000 sekaligus menjadi yang terbesar dalam sejarah penganjuran MSF?

Jumpa anda nanti pada tahun 2018 dan jangan lupa Open Trackday 14.1.2018. Bagi MSF Racer, pre-season testing on 14.1.2018. Save the date yall!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...