Selamat Datang Fleet Battery Ke Malaysia Speed Festival 2018

Lain dari yang lain, selalunya pada masa kini tajaan kepada mana-mana acara permotoran selalunya berkisarkan kepada minyak pelincir enjin dan apa sahaja berkaitan dengan suasana ekstrem. Rakan penaja kali ini bagi musim 2018 adalah Fleet Battery. Fleet Battery adalah keluaran bateri berkuasa hebat yang dikeluarkan secara tempatan oleh syarikat Radifleet Sdn Bhd. Kerjasama ini amat bersesuaian dengan impian dan visi MSF untuk menggerakkan industri permotoran dengan jenama tempatan.

Ir.Zuhairi : “Kerjasama bersama MSF merupakan satu kerjasama yang amat dinantikan. MSF sebagai satu siri perlumbaan yang terkenal di Malaysia pada masa kini sudah pastinya menjadi satu platform berkesan untuk mengembangkan dan memasarkan produk kami ini ke serata pelusuk tanah air. Kami dari pihak Fleet Battery amat berharap kerjasama ini mampu memeriahkan lagi sukan perlumbaan dan industri permotoran tanah air.”

Adian Yein Khalid : “MSF “berkiblatkan” NASCAR, BTCC, V8 Supercars dan MotoGP. Siri-siri perlumbaan ini dekat dengan masyarakat dan excitement di dalam aksi perlumbaan sangat tinggi. NASCAR amat popular bagi rakyat Amerika kerana ianya bersifat rakyat. Barangan yang dekat atau sentiasa berada di sekeliling mereka menjadi salah satu tajaan dalam siri perlumbaan NASCAR. Antaranya bateri, jadi apabila kami mendapat peluang tajaan seperti ini impian menjadi kenyataan. Ini dapat membuang tanggapan orang luar motorsports ini sukan yang diminati dan ditontoni oleh golongan yang mampu. Tajaan ini juga amat diharapkan memacu lagi industri ini secara amnya dan memacu ekonomi Fleet Battery secara khasnya.”

Buat Fleet Battery, selamat ke Malaysia Speed Festival 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *