Selamat Datang Fawster Ke Malaysia Speed Festival 2018

Malaysia Speed Festival ingin mengumumkan rakan penaja bagi musim 2018 salah satunya ialah Fawster Motorsports. Fawster Motorsports dikepalai oleh salah seorang lagenda dunia perlumbaan yang terlibat banyak siri dunia perlumbaan dari peringkat nasional hingga ke peringkat antarabangsa. Antara individu awal yang terlibat dengan penubuhan Proton R3 (dahulunya sebelum digelar R3 adalah Prowheel). Beliau antara individu yang terlibat secara langsung dari sudut setup handling sesebuah jentera perlumbaan dari pasukan R3 dan juga sudah pastinya terlibat dalam beberapa siri perlumbaan yang melibatkan pasukan R3.

Kerjasama ini antara MSF dengan Fawster sudah pasti akan membuka satu lembaran dalam industri pemotoran dan di dalam dunia perlumbaan.

Faidzil Alang : “Kerjasama antara MSF sudah pasti menjadi satu platform yang sangat baik. Dengan populariti MSF yang sekarang ini menjadi satu siri perlumbaan terbesar dalam Malaysia akan membuka satu ruang kepada pihak Fawster untuk memberitahu kepada orang ramai diluar apa sebenarnya yang dilakukan oleh Fawster. Kami bukan setakat menjual produk suspension tetapi dalam masa yang sama kami memfokuskan bagaimana mahu menala atau setup kereta anda untuk pantas di setiap selekoh dan juga kami akan memberikan tips-tips bagaimana mahu mengawal kereta anda supaya konsisten di setiap lap dan sekaligus menjadi pantas. Dengan sedikit pengalaman yang saya ada, sudah pasti akan diberikan sebaik mungkin untuk anda.”

Adian Yein : “Mengenali Faidzil Alang dari zaman Proton R3 dan kerjasama pada tahun 2011, ya saya boleh katakan inilah peluang terbaik untuk anda semua sebagai racer, time attacker, dan kaki trackday untuk mendapatkan setup yang baik, tips dan jika mahu belajar secara serius boleh terus rujuk kepada Faidzil. Untuk menjadi pantas bukan setakat bergantung pada kekuatan enjin sahaja, tapi teknik kawalan dan sistem suspension menjadi salah satu aspek yang sangat-sangat penting. Ya saya boleh katakan ada beberapa pelumba MSF yang semakin pantas setelah datang ke Fawster (kita akan kongsikan siapakah mereka). Bagi MSF, ianya sudah pasti membuka ruang supaya industri permotoran bergerak dengan lebih pantas kerana itulah tujuan MSF diwujudkan iaitu ingin melihat industri ini menjadi salah satu elemen penting dalam pembangunan negara kita ini.”

Sekali lagi kami ucapkan kepada Fawster Motorsports, selamat datang ke Malaysia Speed Festival 2018. Moga kerjasama ini akan memberikans satu impak besar dalam industri permotoran tanah air.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *