Fleetoil Racing Team Latihan Terakhir Sebelum Medan Tempur Dibuka

Fleetoil Racing Team yang dianggotai hampir 15 buah kereta akan menyertai MSF 2018. Mereka yang terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam dunia perlumbaan baik peringkat antarabangsa hinggalah ke peringkat nasional. Nama-nama seperti Faidzil Alang, Khairul Nizam, Shalifuzam, dan ramai lagi nama-nama hebat antara yang bakal menghiasi pasukan ini.

Dari atas kertas podium mungkin dalam genggaman tapi bagi pemilik pasukan Ir.Zuhairi mahukan lebih dari itu.

Ir.Zuhairi : “Kita sertai MSF mahukan keputusan yang baik. Kita sedar pasukan ini baru ditubuhkan, walaupun barisan pelumba yang kita ada boleh dikatakan winnable tapi kita mahu pelumba lain meningkatkan skil kerana kita sedar para peserta lain sudah pasti akan meningkatkan corak dan jentera mereka. MSF 2016 tidak sama dengan 2017. Sudah pasti 2018 peningkatan akan berlaku. Jadi untuk hari ini (MSF Trackday 14/1/2018), kita membuat persiapan terakhir dengan para pelumba kita sebelum masuk ke medan MSF 2018 dengan latihan one-to-one dari Faidzil Alang dan Sutan Mustafa yang turut dalam berada dalam pasukan ini.”

Bagi MSF, apabila melihat barisan pelumba Fleetoil Racing Team ini yang bertanding dalam kategori – kategori yang menjadi tumpuan dan barisan pelumba ini hebat-hebat belaka tidak mustahil kehadiran pasukan baru ini mampu menggugat dominasi yang sedia ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *