Street 2.0 NA, Kategori Baru Yang Mulai Panas

MSF 2018 akan menyaksikan satu lagi kategori baru yang dipertandingkan, Street 2.0 NA. Kategori dimana semua jenis NA kecuali VTEC bersasarkan enjin kapasiti maksimum 2000cc. Dengan wujudnya kategori baru ini, maka ruang bertanding yang lebih kompetitif akan terwujud dengan beberapa penambahbaikkan peraturan teknikal contoh artikel 8.5.

Kenapa mulai panas? Percayakah anda dikalangan para peminat MSF sudah mula mengeluarkan pepatah versi MSF, “Dimana ada kategori baru, disitu Toyota dominasi”. Street 1600 Ltd secara mutlak telah didominasi dengan ganasnya oleh Toyota 4AGE dan Street 2.0 NA nampak gayanya mula menjurus kearah itu. Baik kita akan berikan beberapa senarai nama yang dijangka menyerlah untuk musim 2018 ini. Sekali lagi diingatkan senarai ini bila-bila masa sahaja boleh berubah ketika sesi perlumbaan dimulakan. Harap tak merajuk dan berbanggalah menjadi underdog yang pada bila-bila masa sahaja akan menyerlah.

  1. Jay Choong Toyota GT86 – Percayakah anda, dari sumber tidak rasmi beliau telah melakukan latihan dan mencatatkan catatan masa tidak rasmi 2m34s! Sangat-sangat pantas!
  2.  Syed Rizal / Faisal Asri Toyota GT86 – Gandingan mantap dari dua orang yang mengaku kacak ini, juga dari sumber tidak rasmi mengatakan catatan masa dalam lingkungan 2m37s!
  3. Amirul Haikal Toyota GT86 – Amirul Haikal, anak muda yang sangat-sangat muda. Dari sumber tidak rasmi telah menjalani latihan intensif dengan lagenda perlumbaan Faidzil Alang dan dari khabar angin turut mencatatkan masa 2m39s.
  4. Zebedee Tay Toyota Altezza – Bagi yang selalu main event Time Attack di Sepang pasti kenal dengan kepantasan Toyota Altezza beliau. Ya, beliau telah mengambil pakej tahunan MSF 2018 dan bersedia menggoncangkan persada MSF.
  5. Shazli/Harve/Fadhlan Toyota Altezza – Senarai nama yang tepat tak dapat disahkan lagi. Tapi percayakah anda, Toyota Altezza milik Shazli ini pada tahun 2015 hampir sahaja menjadi juara keseluruhan dalam kategori SuperStreet. Konsisten merupakan kunci utama jentera NA milik Shazli.
  6. Kenny Lee Toyota Altezza – Tak tahu nak terangkan bagaimana. Walaupun kemungkinan besar turun pada pusingan kedua. Hanya satu kami katakan GOODLUCK buat semua.

Lihatlah senarai-senarai ini, dominasi mutlak Toyota. Tapi mereka tak boleh berseronok sangat. Lihat juga ancaman dari SR20 Neo VVL. Salah satunya dari N-Zero Racing #523 dan Sharulnizam dari SNF’D Motorsports #100. Jentera mereka sangat berkuasa dan tidak mustahil dominasi Toyota ini mungkin dapat dileraikan.

Menarik dan teruja bukan? Jadi pastikan tarikh 25/2/2018 kosong dan pastikan anda hadir beramai-ramai nanti di Litar Sepang.

1 comment

  1. Novian

    Bakalan tetap dipertandingkan itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *