Street Tuned, Juara Baru Pasti Tapi Siapa?

Home»News»Street Tuned, Juara Baru Pasti Tapi Siapa?

Setelah ketiadaan penyandang kejuaraan selama 5 tahun berturut-turut (satu rekod paling hebat dalam sejarah SNF/MSF) Gan Kim Koa/Philip Tang dari JDM Racing dalam kategori ini sudah pasti juara baru akan dilahirkan. Terima kasih buat Gan Kim Kao/Philip Tang, persembahan kalian dan rekod ini akan menjadi sejarah zaman-berzaman.

Street Tuned satu kategori ada sahaja ceritanya. Dari tahun 2013 hinggalah 2017 kontroversi, syak tak syak hinggalah isu gambar pun akan jadi satu isu. Tapi percayakah anda disebabkan perkara inilah kategori Street Tuned menjadi antara salah satu tumpuan. Sang Juara 5 tahun akan jadi sejarah dalam dunia perlumbaan, dengan tenangnya, ikut peraturan dan paling penting konsisten. 2018 juara baru pasti muncul. Siapakah?

  1. #30 Shawal – Underdog yang sememangnya tidak dijangka mampu mencabar kejuaraan hingga pusingan akhir. Disebalik keributan Toyota Starlet dan yang menggunakan enjin Starlet, beliau melangkah dengan tenang dan hampir sahaja kejuaraan dicapai. Namun sayang pada pusingan akhir dengan masalah turbo dan kepantasan #60 menggagalkan sama sekali kejuaraan pertama kali ini. Namun semangat perlawanan beliau memungkinkan kejuaraan 2018 milik beliau.
  2. #71 Aril Hamka/Rrbain – Diberi jolokan nama King Of Starlet. Ya, beliau kembali setelah setahun menghilangkan diri. Kali ini persediaan yang beliau lakukan amat teliti. Kami menjangkakan pertempuran sengit pasti akan berlaku terutamanya untuk kejuaraan.
  3. #911 Zairi Latif/Faiz Sulaiman – Mereka sebenarnya sangat pantas. Namun ada beberapa perkara kecil yang harus diselesaikan. Tapi dari sudut jangkaan andai kata mereka konsisten tidak mustahil kejuaraan juga mampu dicapai.
  4. #700 Ahmad Ezani – Konsisten memang kunci utama beliau. Untuk mencabar kejuaraan pasti sukar kerana beliau tidak sepantas mereka diatas ini. Namun andai kata ketiga-tiga ini mengalami masalah ya, juara dapat digenggam
  5. #198┬áChu Boon Poi-Tan Chee Hui – Salah satunya jentera NA yang boleh dikatakan agak konsisten. Pusingan akhir sahaja mereka kecundang pada salah satu saringan. Tapi andai kata mereka teruskan konsistensi ini dan mengharapkan yang lain-lain diatas ini kecundang awal maka mungkin misi amat mustahil ini dapat direalisasikan.

Kami tekankan lagi sekali. Senarai ini pasti berubah bila tiba pusingan akhir musim 2018. Perhatikan juga #49 Dzamir Shah yang bergandingan dengan Admi Shahrul seorang lagenda perlumbaan. #97 Nafiz Othman atau dikenali sebagai Cikgu Ajis juga wajar diberikan perhatian, beliau juga pantas tapi sayangnya tidak konsisten andai kata masalah-masalah kecil itu dapat diatasi ya mungkin mampu menggugat.

Save the date 25/2/2018. Pastikan anda datang pusingan pertama MSF Racing musim 2018 di Litar Antarabangsa Sepang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...