Race Cars Open, 2018 Siapa Takluk Malaysia?

Race Cars Open musim 2017 adalah musim yang paling mendebarkan, tegang dan menggusarkan. Kesemuanya mampu menjadi juara. Percayakah anda pusingan akhir menjadi penentu segala-galanya dan juara dinobatkan pada pusingan akhir.

Ramai tertipu dengan ketenangan, kedudukan di atas podium dan kurang havoc di Facebook beliau. Percayakah anda beliau digelar sebagai The Giant Killer. Keifli Othman, Faidzil Alang, dan Shazull Hisham malah Mark Darwin beliau berjaya tempuhi dan menjadi juara termuda dalam sejarah MSF. Kekuatan utama beliau adalah konsisten di setiap pusingan. Tidak pernah sesekali tidak menjejakkan kaki ke atas podium. Tapi itu 2017, 2018 cabaran lebih dahsyat. Bak kata salah seorang peserta MSF untuk Race Cars Open, “Year of Boosting.”

Siapa yang mampu menjadi juara 2018? Diulangi 2018. bukan 2017, kami tekankan lagi sekali, ini senarai untuk 2018. Senarai ini macam biasa boleh berubah menjelang pusingan akhir kelak. Ini hanyalah jangkaan :

  1. #550 Akid Azlee – Mampukah The Giant Killer ini mengulangi sejarah hebat ini? Konsisten dan terus menjejakkan kaki ke podium apakah beliau mampu ulangi? Disaat pihak musuh mula menaik-taraf kepada turbo dan supercharge beliau masih lagi mengekalkan N/A. Ya, beliau mahukan konsistensi.
  2. #440 Shazull Hisham – Pencabar terdekat Akid Azlee. Sayangnya ada satu dua pusingan tak menjadi tapi untuk 2018 ada khabar angin mengatakan beliau sudah menaik-taraf kekuatan enjin dan memastikan enjin tersebut mampu konsisten.
  3. #50 Azlan Malik – Ada mengatakan beliau mampu mencabar peserta lain. Tapi beliau sendiri akui menyertai pertempuran kelas tertinggi memerlukan satu stamina yang sangat tinggi. Bukan mudah untuk mengekalkan rentak kerana di kiri-kanan dan depan belakang pihak lawan sentiasa mencari peluang untuk memintas. Tapi dari atas kertas dan melihatkan komitmen beliau tidak mustahil mampu mencabar kejuaraan.
  4. #29 Faidzil Alang – Loceng amaran telah beliau berikan. Walaupun tidak mampu menamatkan perlumbaan pada pusingan akhir, beliau mengatakan jentera yang dipandu pada pusingan akhir hanya cubaan dan bengkel yang dipertanggungjawapkan sudah mengenal pasti masalah dan bersiap-siaga menawan litar Sepang. Oh ya, VTEC Turbo ya dan taruhan pada jentera ini 2m17s.
  5. #45 Darth Vader – The fastest man in MSF. 2m19s! Tapi beliau gagal menjadi juara. Tapi beliau mahu musim 2018 menjadi milik beliau. Dari khabar angin mengatakan kekuatan enjin dinaikkan, suspension diubah menjadi lebih padu dan chasis diperkukuhkan dan khabar angin turut mengatakan catatan masa 2m17s dan konsisten 2m19s menjadi taruhan utama Mr. Darth Vader Keifli Othman. Andai kata semua ini menjadi mungkin juara dalam genggaman,

Inilah senarai yang dijangka menyerlah. Tapi macam biasa, MSF memang terkenal dengan kejutan demi kejutan. Perhatikan juga Shamir Aizan #404 yang juga agak konsisten dalam setiap pusingan dan sepatutnya diberi perhatian yang rapat oleh para peserta lain adalah #158 Proton Satria 4WD Turbo yang bakal dipandu Thilak Sharma dan Karamjit Singh.

Race Cars Open kategori paling agung dalam MSF. Stamina, konsisten dan skil menjadi taruhan tertinggi dalam kategori ini. Menakluk Race Cars Open bererti anda menakluk Malaysia! Save the date 25/2/2018 dan jumpa anda semua di Litar Antarabangsa Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *