Street Tuned Terus Membara, Pusingan Kedua Pasti Lebih Mencabar

 

Seperti yang dijangka, kategori Street Tuned akan terus membara. Pusingan pertama ramalan menjadi kenyataan. Sebahagian nama yang dipetik sebelum pusingan pertama bermula muncul berdiri megah di atas podium. Melihat mereka ini berada diatas podium, bak kata Nick Harris pengulas lagenda MotoGP, “Game on!”

#49 gandingan Dzamir Shah/Admi Shahrul dari Suzuka Lubricant Racing Team jentera mereka yang disediakan oleh SA Auto Tech mengejutkan ramai pihak. Dzamir Shah menjalankan tugas dengan baik apabila saringan pertama apabila menduduki tempat ketiga yang memudahkan pemandu kedua. Menjelang saringan akhir Admi Shahrul telah menidakkan, menafikan, mematikan kata – kata bahawa mana mungkin jentera yang bernadikan Mitsubishi menduduki tempat pertama. Dengan catatan masa 2m37s, jarak meninggalkan pihak lawan sebanyak 8 saat, setiap selekoh berada sangat – sangat hampir dengan kategori SuperStreet cukup mengiakan kata – kata Adian Yein 5 tahun dahulu, skil menjadi taruhan utama.

#30 dari Infinity Petropenn Racing Team gandingan Hapizu/Roakhir menduduki tempat kedua. Tapi awas jangan termakan kedudukan podium mereka. Percayakah anda, sasaran utama mereka untuk terus – menerus menduduki 3 teratas untuk mewujudkan peluang menjadi juara keseluruhan. 2017 mereka berjaya mengejutkan ramai pihak. Mereka walaupun ditinggalkan sebanyak 8 saat oleh #49, namun dari sudut positif dari sudut catatan masa terpantas mereka ketinggalan 2 saat dibelakang sahaja. Andai kata mereka berjaya memperbaiki satu dua masalah kecil, mungkin #49 terpaksa berhempas-pulas.

#911 dari WG  – MA Racing Team gandingan Faiz Sulaiman/Zairi Latif menepati ramalan kami. Mereka sememangnya dijangka akan memberikan satu saingan sengit dalam kategori ini. Zairi Latif memulakan tugas dengan begitu baik apabila menduduki tempat pertama pada saringan pertama dan ini memudahkan tugas Faiz Sulaiman pada saringan terakhir dimana para pesaing memberikan segala-galanya. Mereka berjaya menduduki tempat ketiga. Jarak antara tempat kedua dan ketiga hanya dibezakan 3 saat sahaja. Boleh dikatakan agak dekat.

Pusingan kedua lebih mencabar. 10 laps, wajib masuk pit selama 3 minit, tidak mewajibkan pemandu kedua. Strategi terbaik penentu kemenangan. Ketahanan enjin, pengurusan masa dan pengurusan tayar menjadi taruhan utama. Siapa yang mampu muncul juara format baru MSF 2018 ini? Apakah kecemerlangan #49 boleh diulangi? Jangan tertipu dengan #30 yang bijak mencuri peluang. Tetapi awas, mungkin yang tidak disangka-sangka akan muncul pemenang pada pusingan kedua nanti. Perhatikan jentera – jentera yang telah berjaya mencatatkan masa dalam lingkungan 2m46s secara purata, ada 6 buah kesemuanya. Awas mereka ini mungkin kurang menyerlah pusingan pertama tapi pusingan kedua mungkin bangkit menduduki tempat yang lebih baik.

J0m ke Litar Sepang pada 8/4/2018 untuk menyaksikan pertempuran hebat ini nanti!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *