MSF Scrut Report : 2018 Round 2

Home»Results»MSF Scrut Report : 2018 Round 2


Berikut adalah hasil daripada pemeriksaan yang dibuat oleh pihak Scrut MSF dari pit ke pit. Amaran terakhir telah diberikan dan mana-mana pihak yang tidak mematuhi peraturan keselamatan penyertaan anda akan dibatalkan sepertimana tertakluk dalam Sporting Regulations perkara 18.

Berikut adalah kesalahan yang dikenal-pasti dan dan telah pun diberikan amaran :

#101 :  Seperti yang tertakluk dalam peraturan 2.1.1 dan  4.1.2, kereta ini tidak memasang gear shift cover. Wajib melalui pemeriksaan semula pada pusingan ketiga.

#77 : Seperti yang tertakluk dalam peraturan teknikal 5.5.1, cut-off switches harus berfungsi sepenuhnya. Lampu masih menyala meskipun pihak scrut sudah mematikannya. Sudah dibaiki (kedua-duanya berfungsi) namun wajib melalui pemeriksaan semula pada pusingan ketiga.

#202 : Seperti yang tertakluk dalam peraturan teknikal 5.1, driver side-impact bar wajib berpenjuru (diagonal). Kereta ini tidak memasang driver side-impact bar sepertimana yang tertakluk dalam peraturan ini. Dimaklumkan sudah diperbaiki namun wajib melalui pemeriksaan semula pada pusingan ketiga.

#484 : Seperti yang tertakluk dalam peraturan teknikal 6.5, kereta ini tidak mematuhi peraturan dimana tayar tidak boleh terkeluar dari badan kereta dan sudah diperbaiki. Wajib melalui pemeriksaan semula pada pusingan ketiga.

#202, #813 dan #279 : Seperti yang tertakluk dalam peraturan teknikal 7 dan 7.2, telah didapati menggunakan racing suit yang tidak dibenarkan dalam MSF Racing. CIK-FIA hanyalah khas digunakan dalam perlumbaan go-kart dan tidak bersifat kalis-api. Telah meminjam racing suit yang dibenarkan namun amaran akhir dikeluarkan dan kegagalan ketiga-tiga kereta ini pada pusingan ketiga, hukuman akan tertakluk pada Sporting Regulations perkara 18.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...