SuperStreet, Turbo, N/A & Ada Kejutan?

SuperStreet kategori terpantas dalam kategori Street. Dengan catatan masa 2m30s (mengatasi sebahagian catatan masa dalam kategori Racecars Open) cukup menggambarkan betapa pantasnya kategori ini. Dari Proton Satria hingga ke Honda Integra, dari 4G63 hingga ke K20a.

Raja Imran #135 dari New Syndicates yang memandu Proton Satria 4G63 sedang mendahului pungutan mata untuk kejuaraan 2018. Beliau telah memungut mata sebanyak 470 mata dan sedang diekori rapat Azlan Malik/Arep dari Wenso Racing Team yang memandu Honda EG6 K20. Perbezaan hanyalah 20 mata sahaja.

Memang dari atas kertas mungkin tiada masalah untuk #135 terus-menerus menduduki tempat pertama, dengan kepantasan 2m30s, bernadikan turbo sepatutnya #135 boleh tenang memenangi tempat pertama. Soalnya siapakah yang mampu menghalang, buat masa sekarang Mark Darwin dari Sitty-DNT nampak gayanya mampu mengimbangi kekuatan #135 kerana mampu mencatatkan masa 2m31s dengan menggunakan enjin k-series. Lain-lain, mereka harus konsisten dalam memungut mata kerana dalam perlumbaan macam-macam boleh terjadi kerana tidak mustahil mereka mampu menduduki tempat pertama buat sementara waktu dalam kejuaraan ini.

Apakah kejutan yang bakal berlaku? Dari sumber yang kami perolehi, pertempuran besar dari kem N/A terhadap kem Turbo akan tercetus. Dari kem N/A, ada satu jentera bakal menurunkan seorang jagoan hebat dalam Malaysia untuk memastikan kemaraan Turbo dipatahkan. Andai kata mesin jentera tersebut tidak mengalami masalah (dari pengalaman dari zaman SNF) tidak mustahil saingan sengit bakal diberikan. Mahukan klue? Dulu dia selalu pakai nombor  #21.

Mampukah Raja Imran menahan kemaraan jentera bernadikan N/A yang semakin pantas ini? Atas kertas tiada masalah kerana turbo, tapi andaikata ramalan dan sumber ini menjadi mungkin ianya mampu merubah ramalan diatas kertas ini. Masih lagi samar-samar akan tetapi buat para hadirin, N/A yang maha pantas, Turbo yang sangat efisyen dan pertempuran besar yang dijangka terjadi.

Jangan duduk sahaja dirumah, datang ke Litar Sepang pada 8/7/2018.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *