MSF Pusingan Ketiga Yang Mendebarkan dan Pertempuran Sengit

MSF Pusingan ketiga telah berlangsung dengan gemilangnya. Meskipun rata-rata masih lagi dalam lagi suasana berhari-raya namun penyertaan hampir 190 buah kereta bersamaan hampir 300 orang pelumba membuktikan siri perlumbaan ini semakin hangat. Tambahan pula dengan statusnya bersifat nasional ianya telah mendapat penyertaan dari negara jiran kita Indonesia dan Thailand. Kehadiran penonton kira-kira 3200 orang jelas membuktikan MSF tetap menjadi pilihan utama bagi sukan perlumbaan kereta di dalam tanah air.

SuperStreet

Kehadiran pelumba professional negara dalam kategori ini iaitu Boy Wong amat mengujakan. Ramai mengharapkan agar berlaku pertempuran hebat Boy Wong yang memandu kereta Honda Civic EG6 jelas menunjukkan penguasaan secara total sebaik sahaja sesi kelayakan bermula dan saringan pertama bermula. Raja Imran yang memandu Proton Satria Evo3 #135 bergelut dengan masalah suspensi kereta pada awalnya dicabar hebat oleh Azlan Malik #511 yang turut memandu kereta Honda Civic EG6. Persaingan mereka sangat menarik, saling bertukar kedudukan namun pada penghujung persaingan, Raja Imran sedar ini bukan penentunya maka beliau kekal ditempat ketiga.

Menjelang saringan penentu kedudukan podium, Raja Imran #135 yang telah Berjaya menyelesaikan masalah kawalan mula memburu rapat Boy Wong. Tapi untuk menundukkan Boy Wong bukan satu kerja mudah. Acapkali Raja Imran memburu di laluan kurus, dengan segera Boy Wong menjarakkan diri di selekoh. Begitulah berterusan dan kemenangan tempat pertama bagi kategori SuperStreet dimenangi oleh Boy Wong dan sekaligus memecahkan dominasi penguasaan enjin turbo selama 2 tahun berturut-turut. Tempat kedua dimenangi Raja Imran dan ditempat ketiga dimenangi oleh Azlan Malik.

Racecars Open

Kemunculan peserta Thailand Deerakarj Dokchan yang memandu Mitsubishi Evolution 9 menjadi perhatian ramai peserta dan para hadirin. Kekemasan jentera ini menjadi tarikan dan sudah pastinya ramai menunggu apakah ianya benar-benar pantas dan tahan. Sebaik sahaja isyarat perlepasan dilepaskan kesemua peserta yang dipertaruhkan oleh bengkel-bengkel terkemuka Malaysia meluru pantas. Azlan Malik yang turut bersaing dalam kategori terlebih dahulu berada di hadapan diikuti rapat Shazull Hisham #440. Manakala Faidzil Alang yang memandu Honda Civic EG6 Turbo juga mengekori rapat di belakang  Shazull, manakala Deerakarj hanya menanti tenang di belakang Faidzil Alang untuk melancarkan serangan. Sayang buat Faidzil apabila terpaksa berhenti sebelum lap pertama tamat kerana mengalami masalah dan memaksa beliau berhentikan keretanya di selekoh yang kesembilan. Sekarang persaingan ini melibatkan Azlan, Shazull dan Deerakarj. Shazull yang mula menyusun strategi juga terpaksa berhentikan keretanya apabila penapis minyak enjin beliau tercabut dan memaksa beliau segera berhenti sebelum di selekoh kesembilan. Tinggal Azlan dan Deerakarj. Deerakarj yang mula mendapat rentak mula menyusun strategi untuk menyerang Azlan Malik. Namun akibat tumpahan minyak yang berlaku menuju ke selekoh yang kesembilan membuatkan Deerakarj #774 dari World Pumps Racing Corredor terbabas dan ini memberi peluang Azlan menjarakkan diri. Namun berlaku kerosakan sedikit pada lap terakhir dan di selekoh terakhir Deerakarj memintas Azlan dan sekaligus menduduki tempat pertama bagi saringan kali ini.

Saringan akhir ini menentukan segala-galanya. Sebaik sahaja isyarat perlepasan diberikan semuanya meluru pantas. Deerakarj diburu hebat Azlan Malik, manakala Azlan pula diburu rapat Shamir Aizan #404 dari Prodrag Evotec yang pada saringan awal kurang menyerlah. Paling mengejutkan Faidzil Alang #29 dari Speed Demon Motorville belum tamat lap pertama sudah berada di tempat keempat. Melalui selekoh kesepuluh Faidzil Berjaya menduduki tempat kedua dan sebelum menjelang selekoh terakhir terus Berjaya menduduki tempat pertama. Pertempuran tempat kedua bermula. Saling bertukar kedudukan, Deerakarj yang sedar beliau harus tenang menyusun strategi membiarkan dahulu pertempuran yang melibatkan Azlan dan Shamir, apabila masa sesuai Deerakarj memintas Azlan dan menumpukan perhatian kepada Shamir. Akhir persaingan Shamir yang mula mengalami masalah enjin terpaksa memberi peluang kepada Deerakarj untuk menduduki tempat kedua dan beliau akhirnya terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Malaysia Speed Festival pusingan keempat akan berlangsung pada 31 Ogos 2018 dan sekali melibatkan kereta dan juga motorsikal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *