MSF Superbikes S1000 Grp A, Siapa King Of Thunder Yang Baru?

Home»News»MSF Superbikes S1000 Grp A, Siapa King Of Thunder Yang Baru?

MSF Superbikes Super 1000 ternyata tidak mengecewakan, tiada drama, tiada desas-desus, apabila sesi pendaftaran dibuka tidak sampai 2 minggu terus penuh full grid! Dari sudut penganjuran ianya sesuatu yang amat mengejutkan. Tapi bagi para penonton, melihat 40 buah motorsikal di dalam litar dengan kelajuan yang mencecah 300kmj sudah pasti mengujakan.

Super 1000 Group A, setelah berhempas Рpulas dan juga rezeki, tempat pertama telah berjaya dimenangi #34 Azwan Malek dari Madani Racing Team. Meskipun pada saringan pertama pada permulaannya kita sudah menjangkakan mungkin kemenangan di tempat pertama mungkin milik Mccall Ivan Trevor #117 yang menunggang Suzuki GSXR1000 apabila mendominasi pada saringan pertama dengan garangnya dan percayakah anda catatan masa terpantas 2m15s milik #117. Namun pada saringan akhir segala-galanya musnah apabila pada lap 3 #117 terjatuh dan peluang untuk menduduki podium tertutup sama sekali.

#34 Azwan Malek dan Joe Sharul #282 terus bersaing hebat untuk merebut tempat pertama bagi MSF Superbikes Super 1000 yang julung kalinya diadakan. Mereka terus bersaing dengan begitu hebat dan perbezaan mereka hanyalah dipisahkan 0.104 saat sahaja. Persoalan sekarang, dari penyertaan yang diterima setakat ini memungkin Azwan Malek mungkin melalui jalan mudah. Mccall Ivan Trevor #117 sudah sah tidak sertai pusingan kali ini akibat kemalangan pada saringan akhir dan patah tangan. Joe Shahrul hingga ke saat ini tidak lagi nampak nama beliau di dalam senarai peserta. Siapa mampu menghalang kemaraan Azwan Malek?

Buat para penonton, pastikan anda hadir pada 31/8/2018. Bagi para peminat motorsikal berkuasa tinggi, pastikan anda tidak terlepas untuk melihat aksi serba pantas dari pelumba-pelumba motorsikal yang hebat ini. Grandstand percuma, harga tiket paddock hanyalah RM35.00 sahaja.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...