Super 1000 Group B, Sengit, Sama Laju, Siapa Yang Bakal Menonjol?

MSF Superbikes Super 1000 Group B juga tidak kurang hebatnya. Percayakah anda dari tempat pertama hingga ketujuh boleh dikatakan semuanya hebat-hebat belaka. Semuanya mencatatkan masa terpantas lebih kurang sama. Secara purata 2m22s dalam tangan.

Bagi kumpulan ini semuanya masih samar-samar, kalau diikutkan catatan masa semuanya mampu menonjol tapi buat masa sekarang dalam pemerhatian adalah Chua Soon Wei #996 dari SPARTAN CONCEPT STORE dan Nik Hadi #23 dari Rasbrother Racing Team. Memang jika diikutkan dari keputusan dahulu yang berjaya memenangi tempat pertama adalah Lim Kee Fei #11 namun pusingan kali ini beliau tidak sertai. Namun itu tidak merencatkan pertempuran pada pusingan kali ini. Nik Hadi pada saringan penentu telah berjaya mencatatkan masa terpantas 2m21s dalam kumpulan ini namun terpaksa berpuas hati ditempat ketiga. Bagi pusingan kali ini tidak mustahil pertempuran antara Nik Hadi dan Chua Soon Wei untuk merebut tempat pertama. Tapi apakah hanya melibatkan dua orang sahaja?

Kami menjangkakan (mungkin boleh salah), Yeong Wen Huei #58, Man Mong Wah #25 dari Motormatic dan Akid Basarom #35 dari ABRacing by REAL ECU Tuning akan memberikan satu saingan yang sengit. Mereka juga kalau hendak diikutkan dari catatan masa hampir sahaja menyamai dua nama teratas ini. Soalnya mampukah mereka terjemahkan aksi hebat dan kepantasan mereka itu untuk berada diatas podium dan sekaligus menganggu rentak pertempuran Nik Hadi dan Chua Soon Wei?

Bagi peminat perlumbaan motorsikal jangan sesekali lepaskan peluang untuk melihat aksi siku diatas litar, side-by-side di Litar Antarabangsa Sepang nanti pada 31/8/2018. Grandstand percuma dan paddock hanyalah RM35.00 sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk mendengar deruman enjin 14000rpm dengan kelajuan lebih dari 200km/j!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *