RaceCars 1800, Persaingan Rapat Top 4, Siapa Pegang Enduro?

Kategori ini menarik kerana majoritinya dikuasai oleh jentera Honda yang bernadikan B18CR. Ngauman Vtec, 9000rpm cukup menarik perhatian. Kategori ini juga menerima cabaran dari kelompok kei-car namun itu tidak menjejaskan kelompok 3 teratas.

Untuk pusingan enduro kali ini sudah semestinya misi menjarakkan diri dari sudut pungutan mata menjadi taruhan. Percayakah anda pusingan enduro untuk 4 peserta kali ini sangat mencemaskan. #179 Ahmad Shab Fizie-Fadlihisham Bin Md Naser dari KanjoR – DNT pungutan mata 645 mata, #550 Mark Darwin -Akid Azlee dari SITTY – DNT memungut 625 mata, #989 Nanthan Kumar dari Fast Autoworks memungut mata 605 mata dan #220 Lim Puay Soong dari Autolite Racing memungut 600 mata. Sangat-sangat rapat, perbezaan #179 dengan #220 hanyalah 45 mata sahaja. Enduro pusingan yang bakal memberikan kejutan yang tidak disangka-sangka.

Baik dari sudut atas kertas kelebihan memihak kepada gandingan #550 namun hingga sekarang tidak nampak kelibat mereka sudah mendaftar. Berkemungkinan akan berlaku perubahan tampuk kejuaraan. #179 mempunyai kelebihan daripada #989 dan #220. Lihat sahaja catatan masa #179, 2m37s lebih pantas dari #989 dan #220. Berkemungkinan tampuk kejuaraan bagi kategori akan memihak #179. Tapi apakah rentak menuju merampas kejuaraan ini akan terganggu? Ya, jika #550 sertai saat terakhir dan perhatikan kemaraan watak baru #880 Mohd Shalifuzam B Rosli-Zairi Latif dan #123 Ah Fai, mereka lebih pantas dari #179 dan ini sedikit sebanyak mungkin akan mengganggu perjalanan menjarakkan pungutan mata.

Tapi inilah enduro, sebarang kemungkinan boleh terjadi. Strategi dan ketahanan enjin menjadi taruhan. Salah pertaruhan apa yang diimpikan akan terlepas. Buat kawan-kawan sekitar Sepang, Nilai, Banting pastikan anda hadir pada 31/8/2018 di Litar Antarabangsa Sepang. Bermula pada jam 11am hingga 12malam. Grandstand percuma dan harga paddock RM35.00 sahaja. Bermacam acara yang ada, himpunan ratusan kereta dari No.Equal.co, MSF Drift Gonzo, dan MSF Superbikes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *