MSF Superbikes Grp C, Tempat Pertama Panas, Siapa Bakal Menonjol

Kumpulan C walaupun mungkin dari kepantasan agak beza dari kumpulan A dan B namun aksi yang diberikan boleh dikatakan paling mendebarkan. Percayakah anda, persaingan merebut tempat pertama sangat-sangat sengit dan ianya melibatkan 8 orang peserta? Ya, 8 orang peserta ini secara purata mencatitkan catatan masa 2m27s dan perbezaan masa secara keseluruhan antara mereka satu sama lain hanyalah satu saat! Bayangkan ketika mereka lalu di laluan lurus dengan jarak sedemikian sudah pasti menggamitkan telinga anda.

#15 Aaron Tay. #62 Zahid Latif, #79 Erwandy, #111 Brian, dan menarik perhatian rider perempuan #777 Ngo Kim Bee antara dari Top 8 ini sudah mengesahkan penyertaan. Dari atas kertas kelebihan memihak kepada #15 Aaron Tay kerana walaupun diasak ketika pusingan pertama bagi MSF Superbikes beliau masih tetap lagi mempertahankan tempat pertama tanpa berlaku apa-apa kesilapan dan paling penting secara konsisten disetiap lap. Menarik perhatian adalah #62 Zahid Latif, yang bermula dari petak belakang sekali meluncur pantas kehadapan, cilok-mencilok memintas satu per satu pihak lawan akhirnya membolehkan beliau menduduki tempat kedua. Namun untuk membolehkan beliau menduduki tempat kedua juga agak sukar apabila beliau menerima cabaran sengit dari #79 Erwandy dan jarak antara mereka hanya dipisahkan 0.751 saat dan ini sudah cukup membayangkan betapa sengitnya persaingan antara mereka berdua.

Dari apa yang dilihat dalam borang pendaftaran ada beberapa muka baru. Persoalan sekarang adakah akan wujud satu lagi watak baru yang bakal merampas tempat pertama? Mampukah Zahid Latif memberikan satu tekanan dan sekaligus merampas tempat pertama dari tangan Aaron Tay? Atau mungkin Erwandy? Buat masa sekarang semua mata tertumpu buat Aaron Tay tapi dari sudut persaingan percayalah pusingan kali ini pasti akan berlaku sesuatu.

Buat mereka yang berada di sekitar Sepang, Nilai, Enstek, Labu, Bandar Baru Bangi jika anda minat dengan ngauman 14,000 rpm dan kelajuan mencecah hampir 280kmh, datanglah ke Litar Sepang pada  31/8/2018. Dari pada himpunan ratusan kereta dari NoEqual, 180 buah kereta yang berlumba pada waktu malam dan 80 buah motorsikal berkuasa tinggi berlumba pada sebelah petangnya. Harga tiket RM35.00 sahaja untuk kawasan paddock dan percuma untuk kawasan grandstand!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *