Super 1000 Grp A : El-Classico #6 dan #34

Tinggal 5 hari sahaja lagi. Pusingan akhir siri perlumbaan terbesar tanah air Malaysia Speed Festival bakal berlangsung pada 1 Disember 2018 bermula jam 9am hingga 11pm. Percuma untuk kawasan grandstand manakala paddock hanyalah RM35.00 sahaja.

Tumpuan pusingan kali ini tumpuan terpantas dalam kategori MSF Superbikes ini, Super 1000 kumpulan A. Secara purata catatan masa 2m17s. Pantas, ya sangat pantas. Dengan kelajuan hampir mencecah 300kmj cukup menggambarkan betapa pantas kategori ini. Tumpuan? #6 Ahmad Khan dan #34 Azwan Malek. Kedua-duanya sama hebat sama padu. Buat masa sekarang yang sedang mendahului kejuaraan adalah #6 Ahmad Khan. Dengan pungutan mata 425 mata dan hanya dibezakan 35 mata berbanding #34 Azwan Malek yang mengumpul mata 390 mata. Apa yang El-Classico-nya?

Kedua-duanya nampak seimbang. #6 saringan pertama pada pusingan kedua dahulu, terjatuh. #34 saringan penentu enjinnya mengalami masalah mekanikal dan sekaligus gagal menamatkan perlumbaan. #6 ada sebahagiannya mengatakan mungkin bakal menjuarai Super 1000 kumpulan A berdasarkan dengan skil beliau yang hebat. Ada juga yang mengatakan mungkin juara milik #34 kerana ketenangannya menerima asakan. Pertempuran sebenarnya antara kedua-dua hingga penamat bagi setiap saringan kita tak dapat saksikan lagi. Adalah amat diharapkan pertempuran kedua-dua ini berlangsung hingga penamatnya!

Tugas berat #34, beliau harus menduduki tempat pertama bagi kedua-dua saringan. Itu sahaja jawapannya untuk beliau muncul juara. Andai ada satu saringan beliau gagal menduduki tempat hatta tempat kedua sekalipun dan #6 berjaya menduduki tempat pertama dalam mana-mana saringan maka juara milik #6. Maka dari sudut tekanan, #34 akan merasa tekanannya. Namun seperti yang kita huraikan kedua-duanya, kekuatan mereka seimbang.

Jangan lupa 1 Disember ini di litar Sepang. Jumpa di sana!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *