KENAPA HARUS DATANG MSF GRAND FINALE 2018

Home»Blog»KENAPA HARUS DATANG MSF GRAND FINALE 2018

1.MSF Superbikes Racing. Deruman enjin yang padu dengan kelajuan mencecah 300kmh di dua laluan lurus Litar Sepang, mengambil selekoh dengan kelajuan luar biasa dan memintas lawan masing-masing di sudut sukar sudah pasti menjanjikan satu aksi yang tidak mungkin anda lupakan. Pusingan penentu kejuaraan buat kebanyakkan kategori di dalam MSF Superbikes

2.MSF Drift Gonzo, pusingan akhir. Layout lebih menarik. Diadakan di kawasan tempat letak kereta berhampiran Welcome Center (Grandstand) atau lebih tepat di P-Bus.

Jadual bagi semua acara yang dijalankan.

3.MSF Superturismo. 200 buah kereta bersamaan hampir 400 orang pelumba sudah cukup menggambarkan betapa sukan perlumbaan semakin lama semakin popular. Anda semua dapat menyaksikan pelbagai model kereta menyertai MSF Superturismo  dari Proton Saga hinggalah ke Toyota GT86. Anda juga dapat saksikan kereta-kereta yang bertanding ini sangat pantas terutamanya kategori Racecar Open, catatan masa 2m18s! Adalah menjadi satu kerugian jika anda hanya menghabiskan masa hari minggu anda di rumah sahaja. Pusingan penentu kejuaraan.

4.Merchandise MSF. Dapatkan baju-baju keluaran MSF edisi terhad di gerai jualan baju MSF. Baju-baju ini tidak mungkin anda dapatkan di pusingan-pusingan lain kerana selalunya selalu kehabisan stok!

5.Terus pergi ke pit 24, dimana FAWSTER Motorsports pengeluar sistem suspensi terkemuka di dalam tanah air dengan pengalaman dalam dunia perlumbaan selama lebih dari 20 tahun dan kerap menjadi juara dalam dunia perlumbaan akan mempamerkan bagaimana sebuah kereta ditala untuk menjadi pantas di setiap selekoh. Kekuataan enjin tidak menjamin kemenangan jika sistem kawalan dan suspensi diabaikan.

6.Bagi peminat motorsikal boleh terus ke South Paddock dan menuju ke pit nombor 1, dimana anda boleh melihat sendiri sistem suspensi untuk motorsikal yang berkualiti tinggi dari K-TECH akan dipamerkan.

7.Percayakah anda untuk melihat semua ini anda hanya perlu membayar harga tiket serendah RM20.00 hingga ke RM35.00 (satu kepala dan kanak-kanak bawah 12 tahun percuma) dan RM10.00 untuk parkir kereta sahaja? Ianya amat murah dan amat berpatutan. Food truck juga disediakan di kawasan grandstand dan south paddock.

8.Percayakah anda GRANDSTAND adalah percuma! Ya percuma.

Jadi tunggu apa lagi. Jom serang Litar Sepang pada 1 Disember 2018, Malaysia Speed Festival Grand Finale!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...