2017 & 2018, 2 Tahun Berturut-turut Pegang Takhta 4G93

Home»DriversTeams»2017 & 2018, 2 Tahun Berturut-turut Pegang Takhta 4G93

 

Menjadi juara berturut-turut bukanlah satu tugas yang mudah. Anda boleh jadi juara tahun ini, tahun depan belum tentu. Konsisten, pelumba yang hebat, mekanik yang mantap, handling yang padu dan paling utama rezeki atau nasib yang harus diusahakan semaksimum agar ianya berpihak kepada kita.

Lau Seng Kiat dari Racemaniac Racing Team yang datang jauh dari Johor.  Bapa kepada 3 orang anak. Juara sebanyak 2 kali, 2 tahun berturut-turut, 2017 dan 2018. Jentera yang diselenggara oleh seorang O.L (Orang Lama) Uncle Ngah. Ada suka duka dalam MSF. Pada tahun 2016 kejuaraan bagi kategori Proton 1800 gagal dipegang kerana masih lagi sedang mencari rentak dan bersaing hebat dengan Nicholas Aw #73 dari SPV. Namun pada tahun 2017 kebangkitan yang sangat luar biasa telah mengejutkan ramai pihak. Ianya turut mengundang kemunculan secara serius ramai para pelumba yang seangkatan dengan beliau. Namun dengan secara konsisten muncul juara 2017.

Lau Seng Kiat : “Saya mula berlumba boleh kata agak lama. Bermula pada tahun 1994 dan ya dengan Proton Saga. Saya pernah berlumba dengan Adian juga dulu-dulu. Pernah juga buat hal dijalanan dan jangan tipu takkan lah tak pernah kita pandu laju atau rasa tercabar dengan orang lain yang datang provoke.Tapi itu masa muda lah. Tapi bersaing dalam MSF baru satu fenomena yang sangat lain. Dengan cara bagi tekanan dari sudut persaingan sihat, dengan crowd yang bagus, MSF membuka satu ruang perlumbaan yang mengimbau golden era of racing di Malaysia suatu ketika dahulu. Paling mustahak dengan jentera yang bersesuaian dengan budget kita, kita race!”

Musim 2016 disaat pada permulaannya 2 pusingan dilihat agak seimbang dengan juara 2016 #73, namun kecundang pada pusingan enduro, sekaligus meranapkan peluang peluang untuk menjadi juara. Namun 2017 kebangkitan yang luara biasa. Dengan memungut hampir sahaja semua pusingan dengan mata penuh, mata juara menjadi milik beliau. “Balik dari Sepang pada tahun 2016, saya terus jumpa mekanik dan mula membuat segala analisa agar musim 2017, trofi kejuaraan bagi Proton 1800 mesti dalam tangan dan ya berjaya.” Kejayaan 2017 seolah-olah membalas kembali apa yang berlaku pada tahun 2016.

Namun pada tahun 2018 sebenarnya peristiwa 2016 mungkin akan berlaku lagi sekali. Pusingan pertama gagal menamatkan perlumbaan, pusingan enduro penentu kejuaraan juga gagal menamatkan perlumbaan. Jadi bagaimana muncul juara? Apabila pesaing terdekat juga ada satu pusingan gagal dan peserta lain menjadi pemenang dan ini sekaligus membuka ruang luas buat #112 memburu misi dua kali menjadi juara. “Kita sebenarnya risau juga, mula saja sudah tak cantik. Enduro juga tak cantik. Walaupun kita sudah buat fastest time dalam ini kategori tapi tak habis dua pusingan bukanlah satu benda yang bagus. Tapi itulah kalau sudah kata ini kita punya dan kita usaha maksimum sampai pusingan akhir, 2018 kita punya lagi sekali.”

Menjadi juara dua tahun berturut-turut adalah satu tugas yang sangat sukar, tapi tidak mustahil. “Saya bagi tips, sabar, belajar, dengar kata dan kerap menonton video sendiri atau orang lain. Kejayaan akan menjadi milik anda.”

Apakah sasaran seterusnya untuk tahun 2019 dimana pusingan pertama MSF yang bergandingan dengan ASIA GT Festival yang bakal berlangsung pada 16 dan 17 Mac 2019 di Litar Sepang ini? “Kita mungkin kekal dalam ini kategori, mungkin juara dalam 3 kali kita akan fikir kategori lain mana nak pergi. Jadi yang mana ada diluar sana, saya masih di Proton 1800, kita lawan lagi Harap-harap dapat jumpa anda di kiri kanan saya di atas podium nanti (ketawa)!”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...