Super 1500 : Jangkaan Podium Pertama

Home»News»Super 1500 : Jangkaan Podium Pertama

Buat mereka yang berada di sekitar Litar Sepang, Dengkil, Bandar Baru Bangi, Nilai dan sekitarnya, pastikan anda mengosongkan tarikh ini iaitu 15, 16 dan 17 Mac untuk menyaksikan Asia GT Festival (MSF + China GT). Dengan harga tiket semurah RM20.00 di grandstand atau RM50 untuk 3 hari, RM35.00 di South Paddock atau RM50.00 bagi dua hari perlumbaan (16 dan 17) di South Paddock, ianya akan memberikan satu pengalaman yang tidak boleh anda lupakan sama sekali.

Super 1500 antara kategori yang menerima perubahan dari sudut peraturan teknikal. Penggunaan tayar Hankook RS4 sudah pasti akan menambah kerancakkan perjalanan kategori ini. Baik, kejuaraan dibuka semula. Juara 2018, #189 Alex dan William Ho dari Momentom sudah pastikan mempertahankan kejuaraan ini lagi sekali. Apakah ianya mudah?

Mungkin ya mungkin tidak. Dari atas kertas dan berdasarkan rekod dan keputusan 2018 kami jangkakan ada 4 peserta yang dijangka mencabar kejuaraan ini dan mungkin mampu menjadi juara. Menarik perhatian masing-masing ada karektor tersendiri. Ada yang suka kongsi gambar kucing, main pubg, makan sampai pengsan, nak potong rambut pun kongsi di media sosial dan ada yang suka ride pergi kemana-mana. Pelbagai karektor tapi semangat juang sangat tinggi.#189 terpantas dalam kategori ini juara dua kali, namun yang mula mengekori rapat ialah #378 Shahril/Shamir tempat kedua dalam kejuaraan 2018, #916 Hafez juara 2 kali dalam Special Kei dan #636 Asrul Ali juara satu kali. Agak sukar sebenarnya untuk dijangkakan. Sebab keempat-empat jentera ini sangat padu dan pelumba-pelumba yang sangat hebat. Mungkin #189 bakal melalui jalan sukar. Kemenangan tempat pertama di pusingan pertama pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan 5 pusingan seterusnya. 4G91 vs. 3sz vs. d15. Mungkin tempat pertama pusingan pertama milik #916? #378? Atau #636? Atau paling mengejutkan watak yang bukan dalam radar! Menarik bukan?

Jangan rancang nak kemana-mana. Kosongkan tarikh 16 dan 17 Mac di Litar Sepang nanti!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...