Kenyataan Media : MSF Pusingan Pertama, Amaran Awal Jentera Turbo

Petaling Jaya, 22 Mac 2019 – Pusingan pertama MSF yang bergandingan Bersama Asia GT Festival telah berlangsung dengan jayanya. Dianggarkan hampir 30,000 penonton telah mengunjungi festival ini selama dua hari. Terima kasih buat rakan penaja MSF, EXN Lube, Hankook Tyres, Fawster Suspension dan Kolej Teknologi Automotif kerana turut memeriahkan perlumbaan ini. Juga jutaan terima kasih kepada 121,000 penonton siaran langsung di media sosial.

Penyertaan sebanyak 205 buah kereta jelas menunjukkan penyertaan dalam siri perlumbaan yang disahkan oleh AAM amat popular di dalam komuniti perlumbaan. Siri perlumbaan ini juga turut mendapat penyertaan rakan-rakan dari negara asia tenggara seperti Thailand, Singapura, Filipina dan Indonesia. MSF juga berbesar hati apabila Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir juga turut melakukan upacara “flag-off” untuk 70 Proton Saga (Sagacup).

MSF Ultimate kategori tertinggi dalam siri perlumbaan ini sememangnya kategori yang amat dinantikan. Antara nama-nama pasukan besar seperti Speed Demon Motorville Honda EG6 Turbo #29, MilleniumFatboy Penrite Proton Satria Turbo 4WD #21, Wenso Racing Honda EG6 K24 #50, Sitty Racing Team Honda EG6 K24 #500 dan Empire M ByKunyit #13 Honda EG6 K24.

#21 yang dipandu oleh anak muda yang berpengalaman luas Alif Hamdan telah memberikan satu laungan amaran awal apabila memecahkan rekod terpantas yang dipegang #500 dengan mencatatkan masa terpantas 2m16.219 saat ketika sesi kelayakan meskipun permukaan litar mencecah suhu 65c tertinggi dalam sejarah MSF. Beliau terus menunjukkan prestasi cemerlang apabila Berjaya memenangi saringan pertama dengan mencatatkan masa 2m19saat meninggalkan pencabar terdekat #29 dengan perbezaan 8 saat, Namun disaat merayakan kemenangan saringan pertama #21 mengalami masalah mekanikal dan sekaligus menimbulkan pertanyaan apakah mereka mampu menamatkan perlumbaan.

Apabila saringan penentu dilepaskan, segala persoalan terjawap. #21 muncul dan ini menandakan pertempuran sebenar akan berlangsung. Sebaik sahaja lampu hijau dinyalakan meluru pantas #50 yang dipandu Azlan Malik meluru pantas diekori rapat #500 yang dipandu Mark Darwin, #21 yang baru selesai memperbaiki keretanya juga meluru pantas dan #29 yang dipandu Faidzil Alang juga menyertai pesta ini. #50 berada dihadapan menuju selekoh ketiga, manakala #21 mengekori rapat dan dipintas sebentar oleh #500. Menuju selekoh keempat #21 memintas kedua-dua sekali dan berada di hadapan buat sementara waktu dan dibalas kembali jentera-jentera NA. Sementara itu #29 secara perlahan-lahan mula memecut pantas dan berjaya memintas #21. #50 masih lagi mengekalkan tempat pertama meskipun diasak bertubi-tubi #500 dan #29. Namun #50 dan #500 bertempur hebat telah terbabas sedikit dan ini memberi peluang #29 dan #21 memintas mereka. 2 jentera turbo ini bersaing hebat hinggakan lap terakhir #21 melakukan percubaan terakhir untuk memintas namun gagal dan tempat pertama dimenangi #29 diikuti tempat kedua #21. Manakala tempat ketiga dan keempat #50 dan #500 yang pertama kali menduduki tempat keempat ini. Pujian buat #13 yang dipandu Shazull Hisham, bermula di petak paling belakang meluru pantas dan menamatkan perlumbaan ditempat yang kelima.

Pusingan kedua akan berlangsung pada 14 April 2019 di Litar Sepang. Pusingan yang turut berlangsungnya perlumbaan MSF Superbikes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *