MSF Pusingan Ke-2 : GAME ON!

Anda jangan gusar dan ragu. Jangan bimbang, MSF 2019 pusingan kedua tetap akan berlangsung sebagaimana kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS).  Jadi buat para penonton yang tertanya-tanya apakah pusingan kedua akan dijalankan? Ya, simpan tarikh ini elok-elok, 14-April -2019 di Litar Antarabangsa Sepang. Grandstand Percuma! Ya percuma manakala harga tiket bagi South Paddock dan North Paddock hanyalah RM35.00 sahaja.

Pusingan kedua himpunan para pelumba terhebat Malaysia. Dari dua roda kepada 4 roda. Dijangkakan jumlah penyertaan untuk kedua-dua jenis kenderaan ini kesemuanya berjumlah hampir 300 buah kenderaan. Dengan RM35.00 anda akan berasa puas untuk menyaksikan kedua-dua mesin tempur ini sepanjang hari di Litar Sepang nanti.

Bagi MSF Superbikes, ini merupakan pusingan pertama yang bakal berlangsung. Nama-nama yang sudah mendaftar dalam pertempuran merebut gelaran juara 2019 antaranya Azwan Malek, Zaleeka, Zahid Latif, Steven Chua dan ramai lagi. Kejuaraan ini akan terbuka buat semua. Kita akan huraikan jangkaan yang bakal berlaku untuk MSF Superbikes kelak. Bagi peminat perlumbaan motorsikal berkuasa tinggi, inilah tempatnya. Jangan kemana-mana.

MSF Superturismo, ini merupakan pusingan kedua. Yang tertewas pada pusingan pertama pasti akan bangkit semahu-mahunya. Ada beberapa kategori yang baru sahaja bermula sudah ada panasnya. Suhunya masih terasa hingga ke saat ini. Mesti ada tertanya-tanya kategori mana yang panas, tunggu sahaja. Akan kita bahaskan.

Dengan keluarnya artikel ini, maka secara rasminya, gendang perang Malaysia Speed Festival pusingan kedua dipalu. Siap-sedia Malaysia, pusingan ini menjanjikan aksi yang lebih panas dan sengit. Simpan tarikh ini elok-elok, 14-April-2019 di Litar Sepang dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam.

2 comments

  1. Daniel

    Mana nak beli tiket paddock?

    1. Mohd Zahrin Mohd Zahran

      beli pada hari kejadian. kami ada bukak tiket kaunter di pintu masuk paddock north dan south.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *