SuperProduction : Geng 245

MSF Pusingan 2019 pusingan kedua akan berlangsung pada 14-4-2019 bermula pada jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam. Grandstand masuk percuma manakala harga tiket bagi South Paddock dan North Paddock hanyalah RM35.00 sahaja. Super Production, penggunaan tayar Hankook RS4, pemandu yang bagus, keputusannya 3 peserta mencatatkan masa 2m45s. Ini adalah satu pencapaian yang hebat dan kami jangkakan menjelang pusingan kedua akan menjadi lebih pantas. Menarik perhatian ada dua kemunculan yang mencuri perhatian ramai penonton hatta sebilangan para peserta lain.

#343 jika ikut senarai awal pendaftaran Hendra bakal bergandingan dengan Noor Hafidzi namun pada saat-saat akhir berlaku pertukaran yang mana ianya dimaklumkan dan mendapat pengesahan dari pihak yang berkuasa. Bagi yang pernah ada di waktu kegemilangan motorsports Malaysia di litar lagenda Batu Tiga pasti kenal dengan beliau. Digeruni, dihormati antara yang boleh dikatakan terpantas, Honda Civic 2nd Gen, lawannya mendiang Jimmy Low. Setelah roboh litar tersebut boleh dikatakan hilang terus dari radar motorsports. Pusingan pertama muncul kembali bergandingan dengan Hendra, beliau ialah Abdul Halim Razak aka Halim PAJ! Hasilnya, konsisten laptime 2m45s untuk 3 lap terakhir dan hasilnya 3 saat berada dihadapan peserta lain.

Kemunculan kedua yang mencuri perhatian adalah kepantasan Perodua Myvi #335 yang dipandu Boy Soh dan Jason Tan. Turut mencatatkan masa 2m45s, dan menarik perhatian apabila juga turut konsisten mencatatkan masa 2m45s hatta pada lap kedua hingga lap keempat. Kemaraan disekat dengan begitu baik #146 Chong Tun Lung/Fish Lai Chee Kwin. Pertama kali dalam sejarah MSF, Perodua Myvi begitu pantas dan berjaya memecahkan dominasi Honda Jazz.

Baik jangkaannya, kami menjangkakan Perodua Myvi ini akan terus mengganas hatta mencabar #343. Kenapa? #335 telah mencatatkan masa 2m45s ketika di lap yang kedua sedangkan #343 di lap ketiga. Andai kata mereka berjaya meloloskan diri dengan begitu baik dan berada di belakang #343 dan konsisten tidak mustahil tempat pertama beralih arah. Tambahan pula pusingan kedua berkonsepkan 10 laps dan wajib masuk pit selama 3 minit. Sudah pasti dengan perancangan yang bagus dan tepat kemenangan di dalam tangan. Tapi pengalaman adalah kunci segala-galanya.

Mampukah Honda Jazz terus-menerus mendominasi di dalam kategori ini? Mampukah #343 menjarakkan diri dari sudut pungutan mata? Mampukah #146 juga turut serta dalam parti ini? Atau kemunculan Toyota Vios juga mampu merancakkan pesta ini sebagai contoh #224 gandingan Mohammad Esa /Muhammad Fazri?

Kategori yang panas sebenarnya suhunya masih lagi panas. Gosip dan sesi membawang masih lagi rancak di media sosial. Pusingan kedua, mari kita saksikan siapa yang mampu membawa kemenangan tempat pertama! #343, anda menjadi sasaran yang amat – amat dinantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *