Proton 1800 NA : Kebangkitan #140

Home»News»Proton 1800 NA : Kebangkitan #140

Proton 1800 NA adalah khas untuk pengguna enjin 4G93NA yang menggunakan badan Proton Satria, Wira, Putra. Pantas, 2m35s masa terpantas, dan menarik hampir 20 buah jentera perang pada satu-satu masa. Bagi peminat 4G93 inilah kategorinya. Mari saksikan MSF Pusingan kedua pada 14-4-2019 di Litar Sepang, tiket RM35.00 untuk kesemua akses dan grandstand percuma.

Setelah lama menunggu, setelah lama mencuba, setelah lama gagal menamatkan perlumbaan, K.Perajun #140 yang menggunakan Proton Wira akhirnya masa yang dinantikan tiba. Muncul pemenang tempat pertama bagi MSF Superturism pusingan pertama baru – baru ini. Dengan jentera yang cukup baik, beliau akhirnya berjaya menamatkan perlumbaan dengan kemenangan yang cukup bergaya. Dengan jarak 8 saat meninggalkan para peserta isyarat yang sangat jelas, musim 2019 akan menjadi musim yang sangat mencabar buat pencabar lain dan juga penyandang kejuaraan 2018 #112 Lau Seng Kiat.

Kekuatan utama #140 ada konsisten. Pada saringan penentu, memasuki lap kedua terus mencatatkan masa 2m43s dan ketiga juga begitu, menjelang lap ke4 terus mencatatkan masa terpantas 2m41s. Ini berbeza pencabar yang menduduki tempat kedua dimana catatan masa tidak konsisten. Ini memberi ruang untuk #140 melebarkan kedudukan. #163 Shukran dari SPRT Nano, agak kurang konsisten dan ini merupakan satu kerugian yang amat sangat. Jika ini diperbaiki ya, #140 mungkin akan mula merasakan tekanan yang padu. Pujian buat #119 Halim dari Ultra Autoparts,  setelah lama mencuba akhir berjaya menduduki tempat ketiga. Pun begitu jika dilihat catatan masa terpantas sepatutnya #119 membolehkan bersaing untuk tempat pertama, tapi sayang kurang konsisten di setiap lap.

Jangkaan, #140 akan mempertahankan mood kemenangan ini. Tapi andai kata #163 dan #119 mampu memperbaiki dari sudut konsistensi mereka ya ini lah ancamannya. Tapi kena ingat, jentera terpantas, juara 2 tahun berturut-turut Lau Seng Kiat #112 yang mengalami masalah gearbox, pasti akan bangkit. Jadi #140 harus mengekalkan momentum ini untuk kekal menduduki tempat pertama dan cabaran sebenar datang andaikata #112 tidak mengalami masalah mekanikal

Sengit bukan? Ya, simpan tarikh ini, 14-April-2019 di Litar Sepang bermula dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...