MSF 1800 Ultimate : 4 Fighters, Tempat Pertama Jadi Rebutan

Home»News»MSF 1800 Ultimate : 4 Fighters, Tempat Pertama Jadi Rebutan

Kategori MSF 1800 Ultimate adalah kategori dimana enjin yang berkapasitikan maksimum 1900cc. Apa sahaja enjin kecuali turbo, akan berentap di dalam kategori ini. Buat masa sekarang, Vtec merupakan kuasa yang sangat dominan dalam kategori ini. Bagi peminat Vtec, Mivec inilah kategori yang wajib anda saksikan. Harga tiket hanyalah RM 35.00 sahaja untuk akses penuh, manakala grandstand percuma. Simpan tarikh ini, 14-4-2019 di Litar Sepang!

#989 Nathan Kumar dari Fast Autoworks, #98 Adian Yein dari Millenium, #663 Harvinder Singh dari Driven Racing Team, #761 Ken Lim dari Kegani. Masa yang dicatatkan semuanya 2m37s. Tapi yang menyerlah #989. Muncul pemenang tempat pertama bagi kategori ini. Nanthan Kumar, tenang, bijak mengawal tekanan yang diberikan oleh Adian, terus sahaja menahan dan membalas kembali serangan yang diberikan. Sampai dahulu ke garisan penamat dengan jarak masa 0.5 saat. Beliau dikatakan dari tahun 2017 lagi calon kegemaran untuk menjadi juara keseluruhan namun sayang selalu sahaja satu atau dua pusingan akan gagal menamatkan perlumbaan. Dengan kemenangan pertama ini, sepatutnya ianya menjadi satu petanda kejuaraan 2019 di dalam laluan yang tepat.

Baik jangkaannya, #98 Adian Yein tidak lagi memandu jentera dari Millenium ini dari kata beliau melainkan beliau menukar fikiran. Beliau bakal digantikan dengan Chan Wan Cham. #663 Harvinder Singh, pujian harus diberikan kepada beliau. Sewaktu rancak berentap dengan #98, keretanya mengalami masalah sewaktu saringan pertama dan memaksa beliau untuk menamatkan perlumbaan lebih awal. Menjelang saringan akhir terpaksa bermula dari belakang, sebaik sahaja lampu hijau dinyalakan terus meluru pantas satu demi satu dipintas dan hasilnya, tempat ketiga. Kami menjangkakan, pertempuran klasik antara #989 dan #663 akan berlaku. Harve Singh secara konsisten yang sangat padu, bermula dari lap kedua terus mencatatkan masa 2m38s dan lap keempat mencatatkan masa 2m37s, begitu juga Nanthan Kumar.

Baik dimana #761, dipastikan tidak menyertai pusingan kali ini. Namun apakah pesta antara dua jagoan ini tidak dihalang? Perhatikan #921 yang dipandu oleh Hafifi dan Fikri Rahim dari RDK Corredor Racing. Mungkin inilah bakal mengganggu pesta #663 dan #989. Atau mungkin yang namanya tidak disebut ini, mampu mengubah rentak dan tempo pertempuran ini kerana pusingan kali ini formatnya 10 laps dan wajib masuk pit selama 3 minit.

Sengit bukan? Teruja bukan? Jangan kemana-mana, pastikan tarikh 14-4-2019 itu milik MSF Pusingan kedua. Jumpa di Sepang nanti!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...