MSF ULTIMATE : Turbo Mengganas, Sang Saka Biru Takluk Ultimate

Home»News»MSF ULTIMATE : Turbo Mengganas, Sang Saka Biru Takluk Ultimate

Kategori tertinggi dalam MSF. Menakluk kategori ini bererti anda menakluk keseluruhan MSF. Tiada batasan dari sudut kuasa, ganas, pantas dan menakjubkan. Inilah kategori dimana kreativiti bengkel dan skil pelumba di tahap tertinggi. Bagi yang minat dengan kepantasan jentera turbo atau NA yang sangat luar biasa pantasnya, inilah kategori yang wajib anda saksikan secara langsung di depan mata anda. RM35.00 sahaja untuk akses penuh dan grandstand percuma pada 14-4-2019 di Litar Sepang. Dari jam 9.00am hingga 7.00 malam.

Setelah mencuba berkali-kali, setelah boleh dikatakan gagal lebih banyak dari berjaya, #21 yang dipandu oleh Alif Hamdan dari Millenium Fatboy Penrite telah membuat rekod terpantas dan memadamkan rekod yang dipegang #500 dengan catatan masa 2m16s! Ya, kami ulangi, 2m16s dan paling manis berjaya menduduki podium dengan konsistensi yang hebat. Terpantas dalam sejarah MSF!

Baik, pertempuran klasik dari zaman dulu hingga sekarang, NA vs Turbo. Dari tahun terbentuknya SNF hingga ke MSF 2018, jentera NA senantiasa menakluk kategori ini. Namun bagi musim 2019 dan pusingan pertama turbo sudah mula menunjukkan sedikit taring pengenalan. #29 yang dipandu oleh Faidzil dan #21 telah menunjukkan satu konsistensi yang gempak dan hebat. Secara purata bermula dari lap kedua mereka berdua sudah pun mencatatkan masa 2m22s dan paling menarik perhatian bagaimana #21 secara berterusan mencatatkan masa 2m20s dan mereka mula bersaing sesama sendiri pada lap 3 hingga ke garisan penamat dan hanya dibezakan 0.4 saat sahaja dimana Sang Saka Biru #29 memenangi tempat pertama.

Kem NA yang mulanya mendominasi perlumbaan selama hampir 3 lap.

Jangkaan? #500 kendalian Akid dan Mark Darwin dari Sitty Racing Team juara 2 tahun berturut-turut, dari khabar angin yang kami terima, latihan rahsia yang mereka lakukan catatan masa mereka sudah semakin hampir dengan #21 dan paling menggemparkan apabila konsistensi mereka selama 4 lap berturut-turut juga turut lebih pantas dari dua jentera turbo ini. Ya khabar angin, tapi masakan pokok bergoyang kalau tiada monyet yang goyangkan. Bagi #50 Azlan Malik dari Wenso Racing, juga khabarnya sudah mula mendapat rentak dan jika anda dapat melihat kepantasan beliau, saat keluar dari selekoh bagaikan petir, cukup pantas.  Untuk pengetahuan semua, mereka dari kem jentera NA mendominasi selama hampir 3 lap di hadapan hinggalah mereka terpaksa memperlahankan kenderaan akibat masalah suhu. Kami menjangkakan amukan dari jentera NA pasti akan memaksa jentera turbo jika mahu kira-kira simpan kuasa akan terpaksa mengeluarkan semua kuasa yang ada.

Pertempuran yang amat dinantikan dan pusingan kali ini juga akan bertambah serinya apabila Keifli Othman aka Darth Vader #560 turut mengesahkan penyertaannya kali ini. Anda mahu berjalan-jalan pada 14-4-2019? Anda seorang yang sangat gagal. Kosongkan tarikh 14-4-2019, jadikan ia milik MSF Pusingan kedua di Litar Sepang nanti!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...