MSF Superbikes : Super 1000 Class C, Enduro Penentu Buat Top 3

Kategori ini saingan boleh dikatakan antara yang terbaik. Masihkah anda ingat bagaimana pada pusingan pertama dulu persaingan yang mirip Marquez vs Dovi di lap terakhir dan selekoh terakhir. Ini sudah jelas menunjukkan betapa sengitnya kategori ini. Persaingannya boleh dikatakan lain macam.

Tiga watak utama yang menjadi perhatian untuk pusingan enduro yang julung kali diadakan. Tiga watak utama ini yang dikatakan jika berjaya menduduki tempat pertama akan mengubah tempo persaingan untuk pusingan berikutnya. Dari atas kertas nampak memihak kepada Mohd Haris Fadillah #707. Berdasarkan rekod pada pusingan sebelum ini beliau mempunyai race pace yang sangat konsisten. 3 lap terakhir beliau mencatatkan masa 2m26s dan ini cukup menjarakkan diri dari peserta lain.

Bagi Aaron Tay #15 terpantas tapi sayang tidak konsisten. Dengan catatan masa 2m25s ini tidak bermakna kemenangan tempat pertama dalam tangan. Andai kata masalah tidak konsisten ini dapat diatasi, mungkin ini ancaman sebenar #707. Bagi Osama #44, agresif, style dan ada karakternya sendiri. Pusingan pertama seolah-olah memberi satu isyarat bahawa mungkin beliau mampu meraih kejuaraan ini. Namun kehadiran #707 jelas mengubah persepsi ini.

Aaron dan Osama sebenarnya mempunyai tugas berat. Mereka harus berada dihadapan #707 satu hal, tapi dalam masa sama ada satu watak yang bisa menganggu rentak memburu kejuaraan buat mereka berdua. #161 Ishardy adalah watak yang disebut-sebutkan. Konsisten 2m26s, mempunyai purata kelajuan yang lebih dari mereka berdua. Andai kata terutamanya #15 tidak mengatasi masalah konsistensi beliau, maka boleh dikatakan kejuaraan tahun 2019 semakin sukar.

Apakah kejuaraan bagi kategori ini akan dapat ditentukan pada pusingan enduro ini atau pusingan akhir? Sama-sama kita tunggu. Jom ke Litar Sepang pada 31 Ogos 2019 bermula dari jam 9am hingga tengah malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *