MSF Superturismo : Sagacup Casual, Mampukah #819 Menggugat?

Saga Cup Casual, walaupun tidak pantas tapi persaingannya antara yang menarik perhatian. Pertempuran yang sangat sengit dan agak sukar untuk mendapatkan podium. Namun, bagi mereka yang mempunyai race pace yang baik atau konsistensi yang mantap dan juga sedikit nasib akan menduduki podium

Mengejutkan apabila satu-satunya pelumba wanita telah menduduki tempat kedua kejuaraan buat sementara waktu. Sharina Ramlle #819 dari Pulzar Estrada yang juga merupakan finalis program MSF – R3 Ladies Racers Search dengan konsisten menghabiskan perlumbaan dan menduduki podium membolehkan beliau melonjak di tangga kedua. Meskipun ketinggalan 200 mata dengan pendahulu kejuaraan #556 Khairul Azhar tapi bagi pusingan enduro semuanya mungkin boleh berubah. Malah Sharina juga berkongsi mata dengan Ilyas dan Sandeep #234. Dari atas kertas dan logik manusia, mungkin mustahil Sharina untuk mencabar kedudukan pendahulu kejuaraan hatta pesaing terdekat beliau.

Sharina : “Saya akui dengan jentera yang masih tidak level yang sama ini agak menyukarkan sedikit peluang memintas kejuaraan. Tapi saya yakin dengan jentera yang disediakan Estrada yang buat masa sekarang tahan lasak dengan corak pemanduan saya, sistem handling dari Fawster dan team manager yakni suami saya mungkin ada hasil yang manis-manis menjelang pusingan penentu kejuaraan Enduro ni. Apa pun kita cuba!”

#556 sebenarnya tiada tekanan akan tetapi dalam keadaan tiada tekanan yang maksimum beliau harus sekurang-kurangnya menduduki tempat ke-5 untuk memastikan takhta kejuaraan yang dipegang sekarang selamat untuk pusingan seterusnya. Manakala #234 harus menduduki tempat pertama untuk pusingan kali ini untuk menghidupkan peluang merampas kejuaraan pada dua pusingan terakhir nanti.

Mampukah #819 mencipta sejarah untuk mengubah tempo persaingan? Apakah #556 akan kekal menduduki takhta teratas dalam kategori ini? Simpan tarikh ini 31 Ogos 2019 di litar Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *