MSF Superturismo : Mampukah #16 Bertahan?

Home»News»MSF Superturismo : Mampukah #16 Bertahan?


Watak ini tak disangka-sangka telah menduduki takhta kejuaraan buat sementara waktu. Ketika kita semua menumpukan kepada watak-watak yang lain, Alban dari Millenium Motorsports Asia #16 berjaya menduduki kedudukan nombor satu dalam kejuaraan bagi kategori Proton 1800 yang berbakikan lagi 3 pusingan.

Kekuatan lebih kurang sama, penggunaan tayar sama iaitu Hankook RS4, saiz yang sama dan enjin yang sama iaitu 4G93. Namun bagi kategori ini selain dari meroket di laluan lurus mahupun selekoh ketahanan bagi enjin 4G93 menjadi taruhan paling utama. Bagi Alban #16 yang juga peserta MSF R3 Mentor Program, beliau berjaya membuktikan ketahanannya enjin beliau membolehkan beliau berjaya menduduki tempat pertama buat sementara waktu ini. Sedangkan lawan terkuat di dalam kategori ini ada yang kecundang pusingan pertama dan pusingan kedua. Soalannya mampukah #16 bertahan?

Atas kertas ternyata kekuatan dan kepantasan lebih kepada juara bertahan Proton 1800 Lau Seng Kiat #122 dari RaceManiac. Gagal pusingan pertama dan kemudian bangkit semula pusingan ketiga dengan memenanginya di tempat pertama. Dengan catatan masa 2m37s jelas menunjukkan #112 masih lagi mahu mempertahankan kejuaraan ini dan penguasaan beliau di dalam kategori ini masih lagi digeruni. Malah, bukan sahaja #16 yang harus diperhatikan, #140 K.Perajun dari DV Motorsports juga lawan yang amat pantas. Bukan itu sahaja, mungkin dianggap penganggu atau mungkin penyelamat bagi satu dua orang peserta #73 Nicholas Aw dari SPV – Ravenol Racing Team, menang tempat kedua dan catatan masanya 2m38s. Boleh jadi beliau menjadi penyelamat buat #16 atau dalam masa membuka kembali kejuaraan ini untuk pusingan – pusingan seterusnya.

Padang kejuaraan masih lagi terbuka. #16 suka atau tidak selain wajib menduduki tempat pertama juga harus mengharapkan #73 memenangi tempat pertama dan beliau andai kata #73 yang menang, harus berada di tempat ketiga untuk memastikan kejuaraan yang dipegang beliau akan kekal untuk pusingan kelima nanti. Jika tidak, #112 akan menjadi memegang tempat pertama menjelang pusingan kelima nanti.

Mampukah #16 bertahan? Sama – sama kita tunggu pada 31 Ogos 2019 di Litar Sepang. Dengan harga tiket sebanyak RM35.00 sahaja untuk akses penuh anda dapat menyaksi aksi perlumbaan yang bakal bermula pada jam 9am hingga tengah malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...