MSF Superbikes : Kejuaraan Yang Hampir Dalam Genggaman!

Super 400 Group A, walaupun kapasiti enjin mereka jauh berbeza rendahnya dari kumpulan Super 1000 akan tetapi pertempuran antara mereka amat – amat menarik. Kekuatan yang lebih kurang sama, penggunaan tayar Pirelli yang sama, dan ini menyebabkan ada ketikanya mereka berada di laluan lurus menunggu detik yang sesuai untuk memintas.

#147 Jailani Kosman dari Horizan Racing Team, selangkah sahaja lagi. Apa sahaja kedudukan untuk pusingan kali ini membolehkan beliau menjadi juara keseluruhan. Melainkan ada sesuatu musibah terjadi. Tapi mengetahui pelumba motorsikal mereka umpama makhluk yang dikurniakan satu anugerah dimana tumpuan mereka luarbiasa sama sekali. Melainkan hari itu ditakdirkan bukan hari mereka. Namun buat #147, dengan konsistensi di setiap lap dan penghujung lap bertambah laju, mungkin tiada masalah buat #147 menuju ke garisan penamat dengan mengumpulkan sebanyak mata.

Menarik perhatian persaingan tempat kedua. Mata yang sangat rapat. Boleh dikatakan kedua – dua mereka ini masih muda. Tapi bakat yang ada boleh dikatakan mengagumkan. Persaingan tempat kedua ini melibat #220 Anthony Eagle dan #199 Ahmad Daniel. Mereka yang dibezakan 30 mata sahaja. Bagi Ahmad Daniel, merampas tempat kedua merupakan satu sasaran tertinggi buat beliau sekarang ini. Dari atas kertas yang mungkin tidak berapa adil untuk dibincangkan, ianya memihak kepada #199. Dengan catatan masa 2m34s malah pusingan sebelum ini perbezaan antara beliau dengan #147 hanya dibezakan 0.008s tepat di garisan penamat. Jelas ini menunjukkan #199 merupakan satu lawan yang amat pantas dan wajar digeruni untuk musim hadapan. Kenapa kita katakan tidak adil? #220 pada pusingan sebelum ini tidak serta, manakala pada pusingan pertama MSF Superbikes, menyedari hanya beliau yang selamat dan berseorangan untuk kumpulan ini maka sudah pasti tidak full gas. Jadi pada pusingan kali ini mungkin kita dapat menyaksikan pertempuran sengit antara mereka berdua sekaligus mengacau suasana aman #147.

#147 hanya perlu selamat, manakala kita bakal menyaksikan pertempuran sengit antara dua anak muda ini. Anda jangan kemana – mana pada 31 Ogos 2019, jumpa di litar Sepang. Harga tiket RM35.00 sahaja untuk akses penuh. Jumpa nanti ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *