Pengumuman Ladies Racers Bagi Pasukan Proton R3 Sepang 1000km 2019

Home»News»Pengumuman Ladies Racers Bagi Pasukan Proton R3 Sepang 1000km 2019


Setelah melalui pelbagai kursus dan juga sesi yang intensif bersama pasukan Proton R3 dan Malaysia Speed Malaysia (MSF), mereka telah dinilai dengan penuh teliti oleh pasukan Proton R3 dari pelbagai aspek. Mereka yang telah dilatih dan menjalani kursus-kursus yang sangat intensif ini telah berjaya mengharunginya dengan begitu berjaya. Maka dengan segala markah dan juga beberapa perkara diambil kira maka dari 8 orang calon ini, mereka telah ditapis dan akhirnya 4 orang telah dipilih untuk ke peringkat seterusnya.

Mereka yang terpilih adalah Dayangku Faratiwan Adnil Binti Awang Kusairi, Ng Aik Sha, Samanda Lee dan juga Nurul Husna Nasharuddin. Mereka telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran telah dipilih berdasarkan beberapa kriteria yang menepati piawaian dari pihak Proton R3. Ini sekaligus menamatkan penantian hampir empat minggu program pemilihan yang sangat mendebarkan dan mengujakan ini.

“Sejujurnya agak sukar memilih kerana mereka yang terlibat peringkat awal ini boleh dikatakan bagus dan memiliki skil yang tersendiri. Namun 4 terbaik harus dipilih. Mereka dipilih dan dinilai dari pelbagai aspek. Antara aspek yang paling utama ialah ketika program latihan pemanduan di MAEPS. Mereka dinilai bagaimana mereka mampu mengawal kenderaan dalam keadaan yang sangat sukar sebagai contoh ketika pemindahan berat kenderaan secara tiba-tiba, mereka yang terpilih ini telah mempamerkan satu pemanduan yang bagus dan betapa licinnya dan tenangnya mereka mengawal kenderaan. Umum diketahui kereta Proton R3 telah dihasil dan dibina dengan begitu teliti dan berkualiti tinggi. Ianya mempunyai sensitivi yang sangat tepat dan tajam. Ianya memerlukan tumpuan yang sangat tinggi dan sudah pasti pengendali kereta ini harus tenang menghadapi apa saja situasi  terutamanya ketika perlumbaan sebenar iaitu Sepang 1000KM nanti,” ujar ketua pasukan Proton R3, Encik Gary Lee.

Pihak MSF yang bertanggungjawap menyediakan calon-calon ini juga turut berasa bangga. “Tugas MSF hanya menyediakan calon-calon. Selebihnya pasukan Proton R3 yang tentukan. Tapi bagi kami, apabila melihat para pelumba yang datang dari siri perlumbaan ini telah dinilai dengan begitu baik dan dipilih, ianya satu pencapaian yang sangat membanggakan. Kami rasa amat terharu kerana diberikan kepercayaan oleh pihak Proton R3 untuk menyediakan calon dan mereka ini telah terpilih untuk berada dalam satu pasukan yang rekodnya amat cemerlang,” ujar Encik Adian Yein Khalid merangkap sebagai ketua pengurusan MSF.

Dengan pemilihan ini, mereka akan dibawa ke Litar Antarabangsa Sepang untuk memandu-uji kereta Proton Suprima yang telah dibina dan dihasilkan oleh pasukan terkemuka ini. Dari sini lagi sekali mereka akan dinilai dan dipilih sama ada mereka mampu mengendalikan kereta lumba ini dan sekaligus menjadi ahli pasukan pelumba wanita Proton R3 bagi tahun 2019 dan diberikan latihan berterusan. Pasukan Proton R3 yang mahu mendapatkan keputusan yang terbaik sekaligus menduduki podium mahu mereka yang terpilih ini membiasakan diri dengan jentera yang amat lincah ini.

Sesi ini akan dijalankan pada 25 September 2019 pada hari Rabu di litar Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...