Sagacup Pro : Misi Hatrik #522

Semakin ramai peserta MSF mula mencipta rekod kejuaraan. Meskipun masih lagi tidak dapat menandingi rekod tertinggi iaitu sebanyak 6 kali juara, tetapi ini sudah jelas mereka memburu kejuaraan dengan begitu serius. Hanya ada mentaliti juara sahaja akan memburu kejuaraan dengan begitu serius. Kategori Sagacup semakin pantas dengan kombo Hankook RS4 catatan masa terpantas 2m46s! Sangat-sangat menggerunkan dan mengagumkan.

Beliau #522 Tan Chaw Wei dari  Seng Motorsports layak diberikan pujian, juara edisi pertama apabila kategori saga cup mula dipecahkan kepada dua kategori. Beliau juara Sagacup novice 2017, naik kategori juara sagacup pro 2018 dan sekarang memburu kejuaraan ketiga di dalam kategori Sagacup Pro untuk edisi 2019. Jika berjaya ini satu peningkatan dan pencapaian yang wajar diberikan penghormatan yang hebat.

Juara 2019, mudah atau sukar? Dari atas kertas 60-40. Kenapa 60-40? 60 peratus memihak kepada #522 kerana dengan kepantasan yang ditunjukkan pada pusingan enduro baru-baru ini mungkin dengan format 5 laps ini bakal memihak kepada beliau. Catatan masa terbaru yang dibuat adalah 2m46s. Sedangkan pencabar terdekat untuk kejuaraan ini hanya mampu mencatatkan 2m48s. Dari sudut ini sahaja sudah memberikan kelebihan yang agak ketara. Jika #522 berjaya menduduki tempat pertama bagi kedua-dua saringan, maka cukup sekadar menduduki tempat kelima untuk kejuaraan kali ketiga ini dirangkul kemas.

40 peratus? 40 peratus inilah yang akan menggagalkan misi merangkul kejuaraan atau melebarkan mata kejuaraan dengan lebih awal buat #522. Siapa? #31 Muhammad Shafiq dari Malkar Racing Team dan juga #106 Vikram dari DV Motorsports. Mereka ini juga mencatatkan masa 2m46s. Mereka ini juga bakal merosakkan rancangan #522 kerana pusingan kali bersifat sangat pantas, setiap saringan hanyalah 5 laps sahaja. Mereka ini juga membenarkan kata – kata hikmah “musuh kepada musuh kita, adalah sahabat kita”, buat #369 Ibrahim Mosar/Syahrizal Jamaludin dari Masai Motor Trading. Andai kata #31 dan #106 berjaya memintas #522 dan wajib buat #369 untuk berada ditempat ketiga, maka kejuaraan ini akan terbuka luas lagi dengan perbezaan mata hanyalah 45 sahaja, andaikata andaian ini tepat maka kejuaraan bagi kategori ini akan ditentukan pada pusingan akhir.

Jadi suka atau tidak #522 wajib mengambil peluang 60 peratus itu untuk mengurangkan sedikit peluang pencabar lain mengganggu misi hatrik beliau dan sekaligus menafikan peluang 40 peratus ini. Manakala #369, peluang 40 peratus ini bakal menghidupkan kembali peluang merampas kejuaraan.

Simpan tarikh ini, 13 Oktober 2019 di Litar Sepang, Harga tiket paddock RM35.00 sahaja manakal K1 Grandstand percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *