MSF Superturismo : Bolehkah #803 Pegang Kejuaraan Atau Dirampas Kejam #182?

Trofi tahunan menjadi rebutan. Trofi Storm Riders bakal beralih tangan, jika dahulu trofi berada di negeri Johor yang dirangkul kemas #544 dari OneSoul Motorsports malah kejuaraan ini juga turut terpaksa disahkan menjelang pusingan akhir. Bagi musim 2019, situasi yang hampir sama. Kejuaraan bakal ditentukan pada pusingan akhir.

#803 sekarang tengah mendahului kejuaraan dengan perbezaan mata sebanyak 90 mata sahaja. #803 dari KAS Motorsports yang dipandu oleh Azwan Ahmat sedang mula tercium bau wangian trofi Storm Riders ini. Apa tidaknya hanya selangkah sahaja lagi trofi ini akan dipeluk-erat hingga bawa ke tempat tidur. Namun persoalannya apakah mampu trofi ini menjadi milik #803? Dari atas kertas dan dari sudut logik, mungkin trofi ini menjadi #803. Dengan sekadar memastikan “musuh” terdekat berada habis jauh perbezaan 3 kedudukan dalam apa-apa posisi. Dengan kedudukan sebegini, maka #803 boleh bergolek menari dari pit 3 hingga pit 33. Juara musim 2019. Tapi apakah begitu mudah? Saga cup sebenarnya boleh dikatakan banyak kejutan yang sakit jantung.

Apakah bakal menjadi juara 2019? #182 on fire!

Musuh terdekat adalah #182 Aaron Sim dari AT Racing. Terdekat dari sudut pungutan mata namun agak sengsara juga untuk menjadi juara. Ya, seperti diberitahu berkenaan kedudukan #803 boleh menjadi juara bagi #182, harus memastikan #803 berada sekurang-kurangnya berada di bawah 4 kedudukan. Sebagai contoh, #182 kedudukan pertama maka #803 harus menduduki tempat ke-5. Maka, kejuaraan ini akan menjadi milik #182. Sebenarnya jika dilihat dari sudut rekod kemenangan dan perlumbaan setiap pusingan agak padu namun kecundang ada pusingan kedua. Peluang ini dirampas baik oleh #803. Bagi situasi tegang sebegini, #803 pernah menduduki tempat ke-11 dan ini akan menjadi igauan ngeri kerana jika ini terjadi dan ditakdirkan #182 menduduki ke-6 maka kejuaraan akan beralih arah. Namun soalnya, sakit jantung dalam Sagacup.

Ya, sakit jantung yang ramai diperkatakan adalah jika anda terlebih semangat, enjin dinaik-taraf, skil pemanduan yang meningkat secara tiba-tiba dan anda melepasi garisan masa bagi yang ditetapkan bagi kategori ini maka bersiap-sedia untuk dipindahkan ke dalam kategori Pro dan boleh siap-sedia melambaikan lambaian terakhir buat trofi ini dan menangislah di pagar keluar litar Sepang. Inilah sakit jantung silent killer bagi kebanyakkan peserta Sagacup.

Persoalannya, #803 atau #182? Mampukah #803 juara atau dirampas kejam oleh #182 yang hanya menunggu detik dan peluang sesuai menjadi juara Storm Riders bagi musim 2019? Simpan tarikh ini, 1 Disember 2019 di Litar Antarabangsa Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *