MSF Ultimate Masters : Fawster22Proshop vs. Wenso Racing, Siapa Juara & Penakluk Mutlak?

Home»News»MSF Ultimate Masters : Fawster22Proshop vs. Wenso Racing, Siapa Juara & Penakluk Mutlak?

Bak kata Marc Marquez, “Dalam merebut kejuaraan, terpantas atau perlumbaan yang cantik mungkin menjadi sebahagian dari sejarah akan tetapi paling diingati adalah siapa yang muncul juara pada tahun itu”.

Sama hebat, sama cantik rentak tari, sama berkuasa, sama sering-kali menduduki podium. Mereka akan memberikan persembahan pertempuran tertinggi, “terindah” dan paling “ganas” dalam sejarah permotoran 4 roda Malaysia. Sebelah pihak turbo yang melebihi 400kuasakuda dan sebelah pihak lagi melebihi 300kuasakuda. NA atau Turbo? Bakal dimuktamadkan pada pusingan kali ini.

Buat sekian-kalinya, kategori tertinggi ini terpaksa ditentukan pada pusingan akhir. Mana-mana peserta dalam kategori ini sememangnya mahu mengelak kejuaraan ditentukan pada pusingan akhir. Ini kerana, pedihnya kekal hingga musim 2020.  #29 Fawster22Proshop yang dipandu oleh Faidzil Alang menggunakan Honda EG6 Vtec Turbo sedang memegang tampuk kejuaraan dengan perbezaan yang sangat rapuh, dengan perbezaan 40 mata. Manakala yang mengekori rapat, seorang fighter yang tidak pernah mengalah #50 Azlan Malik dari Wenso Racing yang menggunakan Honda EG6 K24 NA. Salah seorang dari mereka yang mewakili pasukan masing-masing akan menjadi juara dan bakal mewangikan nama pasukan/bengkel. Siapa?

Dari atas kertas tampak seimbang namun sejak mutakhir ini, #29 pada pusingan baru-baru ini memberikan loceng amaran dengan memenangi kedua-dua saringan tempat pertama tanpa ada sebarang masalah, kejuaraan ini akan diburu dan digenggam habis-habisan. Manakala #50, meskipun diapit kiri dan kanan oleh jentera turbo yang jauh berkuasa masih lagi mampu memberikan saingan yang sangat hebat. Kedua-duanya berpotensi juara. Tapi jika ditengokkan prestasi semasa dan kelebihan menduduki kejuaraan buat sementara waktu akan memihak kepada #29. Kenapa? #29 harus memastikan #50 berada dibelakangnya hingga ke kibaran bendera hitam putih. Maka dengan cara itu, kejuaraan tertinggi ini akan menjadi miliknya.

Penolong atau pemusnah harapan?

Bagi #50, laluan agak sedikit sukar. Selain daripada perlu mengatasi #29, pasukan ini juga bakal diganggu oleh salah satu jentera turbo Mitsubishi Evo #628 dari Bee Sportivo yang dipandu oleh bekas juara kategori ini juga, Mark Darwin. Andai kata #628 memenangi tempat kedua dan #29 memenangi tempat pertama sebagaimana pusingan kelima baru-baru ini, maka #50 boleh terus fokus musim 2020. Tapi apakah begitu sukar? Strategi akan memainkan peranannya, jika #50 pandai menggunakan strategi memasuki pit dengan teratur, mungkin kejuaraan akan memihak.

Dalam pencak silat gayong, seni cindai adalah rentak tertinggi. Manakala dalam perlumbaan 4 roda menguasai MSF Ultimate Masters bererti anda berada ditahap tertinggi. Anda boleh menang perlumbaan yang lama, apa sahaja teknologi terkini akan tetapi belum tentu dapat mengatasi tekanan tertinggi dari mereka yang cukup hebat menghasilkan enjin yang amat berkuasa tinggi. #29 atau #50? Siapa juara dan penakluk? Simpan tarikh ini, 1 Disember 2019 di Litar Sepang! Penutup segala perlumbaan dan jutaan terima kasih buat semua penaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Close
loading...